Antarabangsa
Semangat doktor tidak luntur walau hospital bergelap akibat serangan rejim pengganas Israel
Sebuah hospital di Gaza yang dibiayai organisasi dari Indonesia bergelap tanpa bekalan elektrik akibat serangan askar Israel kelmarin, namun ia tidak mematahkan semangat barisan doktor untuk terus bertugas, lapor akhbar Arab News.
- Sebuah hospital di Gaza dibiayai organisasi Indonesia bergelap tanpa bekalan elektrik akibat serangan askar Israel kelmarin, namun ia tidak mematahkan semangat barisan doktor untuk terus bertugas, lapor akhbar Arab News.
- Seramai 170 doktor Palestin, jururawat dan paramedik hospital itu bertugas tanpa henti sejak permulaan serangan askar Israel pada 7 Oktober lalu.
- Kepungan ke atas Gaza dilakukan pada bulan lalu menyebabkan kebanyakan kemudahan kesihatan tidak mempunyai bahan api untuk menjalankan operasi, tiada ubat untuk merawat mangsa yang cedera cedera dan tiada makanan atau air.
- “Hospital Indonesia telah menjadi gelap. Namun, doktor tetap berdedikasi dan masih menyediakan perkhidmatan perubatan, ” kata Pengerusi MER-C Dr Sarbini Murad.
BANDAR GAZA – Sebuah hospital di Gaza yang dibiayai organisasi dari Indonesia bergelap tanpa bekalan elektrik akibat serangan askar Israel kelmarin, namun ia tidak mematahkan semangat barisan doktor untuk terus bertugas, lapor akhbar Arab News.
Pihak berkuasa hospital dan badan bukan kerajaan Indonesia, Jawatankuasa Perubatan Menyelamat Kecemasan (MER-C), yang membiayai hospital itu pada 2015, memberi amaran bahawa sistem perubatannya hampir lumpuh.
Seramai 170 doktor Palestin, jururawat dan paramedik hospital itu telah bertugas tanpa henti sejak permulaan serangan askar Israel pada 7 Oktober lalu.
Kepungan ke atas Gaza dilakukan pada bulan lalu menyebabkan kebanyakan kemudahan kesihatan tidak mempunyai bahan api untuk menjalankan operasi, tiada ubat untuk merawat mangsa yang cedera cedera dan tiada makanan atau air.
Seorang sukarelawan MER-C berusia 23 tahun di hospital itu, Fikri Rofiul Haq memberitahu Arab News bahawa mereka bergantung pada bungkusan makan tengah hari yang dihantar dari Hospital Al-Shifa kerana tidak mempunyai makanan untuk sarapan pagi atau makan malam.
Namun, Hospital Al-Shifa telah dikepung oleh tentera Israel sejak Khamis lalu dengan merekodkan sejumlah kematian, manakala keadaan semakin buruk apabila bekalan elektrik kemudahan itu dan Hospital Indonesia terputus pada petang Jumaat lalu.
“Hospital Indonesia telah menjadi gelap. Namun, doktor tetap berdedikasi dan masih menyediakan perkhidmatan perubatan.
“Dedikasi mereka bukan sahaja luar biasa tetapi sepenuh hati dalam berkhidmat dalam bidang kemanusiaan,” kata Pengerusi MER-C Dr Sarbini Murad.
Hospital setinggi empat tingkat dan seluas 16,200 meter persegi itu dibuka pada akhir 2015, hasil sumbangan rakyat Indonesia. Ia dirasmikan oleh bekas naib presiden, Jusuf Kalla pada 2016. – AGENSI
Sumber: Kosmo