Connect with us

Terkini

Mat Sabu selar negara Arab kekal berdagang dengan rejim pengganas Israel

Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mohamad Sabu menyelar tindakan sebahagian besar negara Arab yang meneruskan hubungan diplomatik dan aktif berdagang dengan rejim penjajah Israel. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Mat Sabu selar negara Arab kekal berdagang dengan rejim pengganas Israel
Foto: Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mohamad Sabu.
  • Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mohamad Sabu menyelar tindakan sebahagian besar negara Arab yang meneruskan hubungan diplomatik dan aktif berdagang dengan rejim penjajah Israel. 
  • Mohamad Sabu berkata tindakan negara itu menunjukkan seolah-olah mereka langsung tidak mempunyai belas kasihan terhadap lebih 11,000 rakyat Gaza dibunuh dengan kejam oleh pengganas Israel dalam tempoh lebih sebulan.
  • “Negara-negara Arab dan negara Islam di rantau tersebut masih mengekalkan hubungan diplomatik dan membekalkan minyak, gas serta bekalan makanan setiap hari kepada pengganas Israel. 
  • “Inilah nasib malang menimpa umat Islam hari ini kerana mereka sendiri tidak diasuh untuk memahami hak asasi manusia, hak kanak-kanak dan wanita,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam. 

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mohamad Sabu menyelar tindakan sebahagian besar negara Arab yang meneruskan hubungan diplomatik dan aktif berdagang dengan rejim penjajah Israel. 

Mohamad Sabu berkata tindakan negara itu menunjukkan seolah-olah mereka langsung tidak mempunyai belas kasihan terhadap lebih 11,000 rakyat Gaza dibunuh dengan kejam oleh pengganas Israel dalam tempoh lebih sebulan.

“Negara-negara Arab dan negara Islam di rantau tersebut masih mengekalkan hubungan diplomatik dan membekalkan minyak, gas serta bekalan makanan setiap hari kepada pengganas Israel. 

“Inilah nasib malang menimpa umat Islam hari ini kerana mereka sendiri tidak diasuh untuk memahami hak asasi manusia, hak kanak-kanak dan wanita,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam. 

Mohamad Sabu berkata tindakan rejim Israel melanggar semua tatacara peperangan dalam undang-undang antarabangsa telah menjadi fokus kritikan sebahagian besar negara dan masyarakat di Eropah. 

Katanya, masyarakat di Eropah lebih keras dan tegas bangkit berdemonstrasi besar-besaran di New York, London, Brussels, Madrid dan Dublin untuk mengutuk kekejaman rejim Israel yang disokong Amerika Syarikat dan Britain.

“Negara-negara di Amerika Latin dan Afrika juga mengkritik dan memutuskan hubungan dengan Israel serta menghalau duta Israel dari negara mereka.

“Begitu juga Kerajaan Ireland dan ahli parlimennya berucap di Parlimen Eropah mengkritik tindakan genosid pengganas Israel,” katanya yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Mohamad Sabu berkata, malangnya di dunia Arab hanya ada beberapa negara yang berani mengkritik kekejaman pengganas Israel secara lantang seperti Iraq, Lubnan, Syria dan Algeria.

Beliau berkata, rakyat Gaza dan Palestin ketika ini hanya bergantung kepada Hamas, Jihad dan Hizbullah yang berjuang menentang kekejaman rejim Israel dengan hanya dibantu negara miskin seperti Syria, Yaman dan Iran.

Pada Sabtu lalu, mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) diadakan di Riyadh, Arab Saudi untuk membincangkan isu berkaitan keganasan rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Bagaimanapun, pemimpin Islam dan Liga Arab enggan mengenakan sekatan ekonomi dan politik terhadap rejim Israel yang berterusan mengebom penduduk Gaza.

Ia sekali gus menonjolkan perpecahan dalam kalangan pemimpin wilayah Arab dalam menangani krisis yang mungkin akan membabitkan negara lain, lapor AFP. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Datuk Seri Mohamad Sabu

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *