Connect with us

Terkini

Kenaikan SST tidak terlalu bebankan pengguna

Kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kepada lapan peratus yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 item kecuali makanan, minuman dan telekomunikasi dijangka tidak terlalu membebankan pengguna kerana peruncit akan menawarkan pelbagai diskaun dan promosi bagi memastikan harga produk kekal mampu dimiliki.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kepada lapan peratus diumumkan dalam Belanjawan 2024 item kecuali makanan, minuman dan telekomunikasi dijangka tidak terlalu bebankan pengguna kerana peruncit akan tawarkan pelbagai diskaun dan promosi bagi memastikan harga produk kekal mampu dimiliki.
  • Timbalan Presiden Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Datuk Ken Phua, berkata kenaikan dua peratus mungkin beri sedikit kesan domino tetapi akan diimbangi inisiatif peruncit untuk kurangkan impak kenaikan harga.
  • “Saya percaya kerajaan akan meneliti perkara ini (kenaikan kadar SST) sebelum ia dilaksanakan. Namun, bagi pihak peruncit, kami akan menyokong dasar kerajaan untuk memastikan kesan kenaikan harga adalah minimum dengan melaksanakan pelbagai langkah diskaun dan promosi.
  • “Apa yang boleh membantu rakyat berbelanja dengan baik akan dilaksanakan oleh peruncit. Kita akan bantu turunkan kos seperti mana dilaksanakan ketika COVID-19 bagi mengurangkan beban rakyat,” katanya pada sidang media selepas pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) antara Web Bytes Sdn Bhd (Web Bytes) dan E3 Capital Sdn Bhd di sini, semalam.

PETALING JAYA: Kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kepada lapan peratus yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 item kecuali makanan, minuman dan telekomunikasi dijangka tidak terlalu membebankan pengguna kerana peruncit akan menawarkan pelbagai diskaun dan promosi bagi memastikan harga produk kekal mampu dimiliki.

Timbalan Presiden Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Datuk Ken Phua, berkata kenaikan sebanyak dua peratus itu berkemungkinan memberikan sedikit kesan domino tetapi ia akan diimbangi dengan inisiatif peruncit untuk mengurangkan impak kenaikan harga.

“Saya percaya kerajaan akan meneliti perkara ini (kenaikan kadar SST) sebelum ia dilaksanakan. Namun, bagi pihak peruncit, kami akan menyokong dasar kerajaan untuk memastikan kesan kenaikan harga adalah minimum dengan melaksanakan pelbagai langkah diskaun dan promosi.

“Apa yang boleh membantu rakyat berbelanja dengan baik akan dilaksanakan oleh peruncit. Kita akan bantu turunkan kos seperti mana dilaksanakan ketika COVID-19 bagi mengurangkan beban rakyat,” katanya pada sidang media selepas pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) antara Web Bytes Sdn Bhd (Web Bytes) dan E3 Capital Sdn Bhd di sini, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada Oktober lalu mengumumkan bahawa kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus yang tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.

Dalam pada itu, Phua berkata, MRCA menjangkakan sektor runcit berkembang pada kadar 3.3 hingga 3.5 peratus tahun depan disokong unjuran pertumbuhan ekonomi memberangsangkan.

Katanya, dengan perkembangan ekonomi yang semakin baik, kadar pengangguran dan kadar inflasi menurun, di mana akan meningkatkan kuasa beli pengguna, seterusnya bakal memberi suntikan kepada ekonomi dan sektor peruncitan.

“Faktor perkembangan dalam industri pelancongan juga akan mendorong sektor peruncitan. Kemasukan pelancong asing akan memacu pertumbuhan sektor ini,” katanya.

Beliau berkata, pertumbuhan pada 2024 akan menjadi unjuran yang munasabah, bukan sahaja sektor makanan dan minuman (F&B), tetapi untuk semua sektor yang terbabit.

“Untuk tahun ini. MRCA menjangkakan sektor peruncitan berkembang pada kadar 2.7 peratus berbanding 10.4 peratus tahun lalu. Tahun lalu agak istimewa kerana asas perbelanjaan yang tinggi pasca COVID-19,” katanya.

Sementara itu, Web Bytes, sebuah syarikat perisian pengurusan runcit memeterai perjanjian dengan E3 Capital yang mengendalikan E3Hubs, sebuah komuniti usahawan yang berkembang pesat di Malaysia. 

Kerjasama itu bertujuan untuk mempercepatkan transformasi digital bagi ahli usahawan F&B dalam E3Hubs dengan memberi akses kepada teknologi berasaskan awan, untuk membantu mengoptimumkan proses perniagaan, meningkatkan kecekapan operasi, sesuai dengan tuntutan dinamik industri, dengan kos pelaburan yang lebih rendah.

E3Hubs mempunyai komuniti yang kukuh dengan 3,000 ahli usahawan yang berdaftar, dengan hampir separuh daripadanya daripada sektor F&B.

Sumber : Berita Harian

Author

Terkini

‘Demo Rakyat Lawan Anwar’: 10 individu beri keterangan di IPD Putrajaya

Seramai 10 daripada 12 individu, termasuk penganjur Himpunan ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ yang berkumpul di tempat letak kenderaan Kompleks Seri Perdana, Sabtu lalu sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Putrajaya petang ini.

Wartawan TMT

Published

on

Ketua Penggerak Demi Negara dan penganjur perhimpunan, Aidil Yunus atau dikenali ‘YB Viral’ (baju hitam tengah).
  • 10 daripada 12 individu, termasuk penganjur Himpunan ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ yang berkumpul di tempat letak kenderaan Kompleks Seri Perdana, Sabtu lalu sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Putrajaya petang ini.
  • Mereka dilaporkan memasuki IPD Putrajaya kira-kira jam 2.00 petang dan keluar dua jam kemudian.
  • “Setakat ini, polis tidak memaklumkan akan memanggil kami semula bagi menyambung keterangan dan sekiranya ada, kita akan memberi kerjasama penuh,” kata Ketua Penggerak Demi Negara dan penganjur perhimpunan, Aidil Yunus atau dikenali ‘YB Viral’.

KUALA LUMPUR — Seramai 10 daripada 12 individu, termasuk penganjur Himpunan ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ yang berkumpul di tempat letak kenderaan Kompleks Seri Perdana, Sabtu lalu sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Putrajaya petang ini.

Mereka dilaporkan memasuki IPD Putrajaya kira-kira jam 2.00 petang dan keluar dua jam kemudian.

Ketua Penggerak Demi Negara dan penganjur perhimpunan, Aidil Yunus atau dikenali ‘YB Viral’, berkata dua individu lain yang dipanggil terdiri dari aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dan Ahli Jawatankuasa Badan Pimpinan Negeri, BERSATU Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz tidak dapat hadir kerana berada di luar kawasan. 

Beliau berkata mereka diambil keterangan secara berasingan dan memberi kerjasama kepada polis.

“Setakat ini, polis tidak memaklumkan akan memanggil kami semula bagi menyambung keterangan dan sekiranya ada, kita akan memberi kerjasama penuh,” katanya. 

Sembilan individu yang hadir ialah Tengku Intan Tengku Abdul Hamid; Siti Nuraliana Zulaikha Olivia; Mohd Zubir Embong; Nurpais Ismail; Lim Chue Har (Michelle Foo); Mohd Faizal Hassan; Shee Chee Weng (Alex) dan Dr Fathul Farisan Ab Rahman serta peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata satu kertas siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 telah dibuka susulan himpunan ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada Sabtu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending