Connect with us

Terkini

Kementerian Pengangkutan didesak akui kelemahan dalam mengawal selia industri e-hailing

Gabungan eHailing Malaysia mendesak Kementerian Pengangkutan mengakui kelemahannya dalam mengawal selia industri e-hailing terutama membabitkan isu kadar upah yang disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
  • Gabungan eHailing Malaysia desak Kementerian Pengangkutan akui kelemahannya dalam kawal selia industri e-hailing terutama membabitkan isu kadar upah tidak masuk akal.
  • Komen itu disuarakan Ketua Aktivisnya, Jose Rizal, susulan jawapan diberi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di Parlimen mengenai isu kadar upah terlalu rendah dan tidak berbaloi kepada penggiat e-hailing.
  • Menteri Pengangkutan berkata, sekiranya harga lantai ditetapkan, tambang ke atas pengguna juga mungkin meningkat dan pemboleh ubah seperti kesesakan trafik, cuaca, jarak, masa, jumlah permintaan serta jumlah penawaran, menentukan padanan tempahan dengan penawaran secara langsung.
  • Rizal berkata, alasan diberikan Loke terlalu sinis, tidak serius dan seakan-akan tidak bertanggungjawab ambil kira kedudukannya selaku menteri yang berkuasa dan mempunyai segala kemudahan dan kelengkapan data semasa.
  • “Berpijaklah di bumi nyata, turun ke lapangan sendiri dan dapatkan maklumat secara terus dari semua pihak, bukannya dengan hanya bergantung data berat sebelah yang hanya diperoleh dari pihak operator atau syarikat,” katanya.

KUALA LUMPUR: Gabungan eHailing Malaysia mendesak Kementerian Pengangkutan mengakui kelemahannya dalam mengawal selia industri e-hailing terutama membabitkan isu kadar upah yang disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Komen itu disuarakan Ketua Aktivisnya, Jose Rizal, susulan jawapan diberikan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di Parlimen mengenai isu kadar upah terlalu rendah dan tidak berbaloi kepada penggiat e-hailing.

Melaluinya jawapannya kepada soalan lisan Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (PBM-Julau) semalam, Loke berkata penentuan harga lantai tambang e-hailing adalah kompleks dan perlu diimbangi antara pemandu dengan pengguna.

Menteri Pengangkutan itu berkata, sekiranya harga lantai ditetapkan, tambang ke atas pengguna juga mungkin meningkat dan pemboleh ubah seperti kesesakan trafik, cuaca, jarak, masa, jumlah permintaan serta jumlah penawaran, menentukan padanan tempahan dengan penawaran secara langsung.

Mengulas lanjut, Rizal berkata, alasan diberikan Loke itu terlalu sinis, tidak serius dan seakan-akan tidak bertanggungjawab mengambil kira kedudukannya selaku menteri yang berkuasa dan mempunyai segala kemudahan dan kelengkapan data semasa.

“…jangan pula hendak ditutup kelemahan agensi dan jabatan dipertanggungjawabkan dengan kenyataan sedemikian.

“Berpijaklah di bumi nyata, turun ke lapangan sendiri dan dapatkan maklumat secara terus dari semua pihak, bukannya dengan hanya bergantung data berat sebelah yang hanya diperoleh dari pihak operator atau syarikat,” katanya.

Rizal juga menegaskan perkara berkenaan kadar upah yang tidak masuk akal dan tidak berpatutan adalah masalah sebenar dan bukannya dibuat-buat.

Malah, beliau menyifatkan Kementerian Pengangkutan sebagai lemah dalam memahami dan mengimbangi kehendak keseluruhan ekosistem industri baharu e-hailing.

“Hal ini telah beberapa kali pihak kami nyatakan dan sampaikan dalam beberapa siri serahan memorandum, resolusi dan persidangan, namun tidak ada pihak benar-benar ingin mengambil tanggungjawab secara holistik.

“Sebagai contoh, Lesen Perniagaan Pengantaraan (LPP) terdiri dari penyedia perkhidmatan pengantaraan ini sepatutnya tidak boleh diberikan kepada sebuah agensi kecil seperti Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang secara realitinya tidak mampu, tidak mempunyai kepakaran dan infrastruktur terkini di dalam mengawal selia teknologi aplikasi ini.

“Oleh yang demikian, kami desak Kementerian Pengangkutan mengakui kelemahan ini dan serahkan kuasa atau dasar tersebut kepada yang berkeupayaan dan benar-benar mempunyai kepakaran dan infrastruktur untuk mengawal selia industri e-hailing ini dan tidak lama lagi industri p-hailing,” katanya.

Beliau pada masa sama turut mendesak supaya diadakan persidangan meja bulat dengan kadar segera yang membabitkan keseluruhan pihak dalam rantaian ekosistem industri e-hailing dan p-hailing.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Klip KJ cakap isu MAHB-BlackRock dipadam TikTok

Dua klip bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membincangkan isu kontroversi Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan BlackRock dikeluarkan TikTok kerana didakwa melanggar garis panduan komuniti platform itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
  • Dua klip bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membincangkan isu kontroversi Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan BlackRock dikeluarkan TikTok kerana didakwa melanggar garis panduan komuniti platform itu.
  • Media tempatan melaporkan semakan klip dialih keluar daripada podcast Keluar Sekejap Khairy yang disiarkan di platform lain tidak menunjukkan sebarang pelanggaran garis panduan.
  • Khairy menyiarkan tentang tindakan TikTok menarik keluar klip video itu di halaman Instagramnya.
  • Kerajaan semalam menafikan terlibat dalam penyingkiran beberapa posting TikTok Khairy berkaitan BlackRock dan MAHB.
  • Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata tiada arahan mengenai posting itu diberikan.

KUALA LUMPUR – Dua klip bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membincangkan isu kontroversi Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan BlackRock dikeluarkan TikTok kerana didakwa melanggar garis panduan komuniti platform itu.

Media tempatan melaporkan semakan klip dialih keluar daripada podcast Keluar Sekejap Khairy yang disiarkan di platform lain tidak menunjukkan sebarang pelanggaran garis panduan.

Terdahulu, Khairy menyiarkan tentang tindakan TikTok menarik keluar klip video itu di halaman Instagramnya.

Dalam salah satu klip ditarik keluar TikTok itu, Khairy mempersoalkan kekurangan ketelusan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan dan Pengerusi Khazanah Nasional dalam membincangkan rancangan penjualan saham MAHB dengan kabinet.

Khairy memetik kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa perjanjian itu “sudah terlampau maju” untuk dibantah secara berkesan oleh menteri dalam kabinet.

Beliau berkata ini tidak menggambarkan penekanan pentadbiran hari ini terhadap tadbir urus yang baik semasa skandal 1MDB.

Sementara itu, dalam klip kedua dikeluarkan daripada TikTok, Khairy menyoal sekiranya Global Infrastructure Partners (GIP) benar-benar mempunyai lebih kepakaran berbanding MAHB dalam mengendalikan lapangan terbang.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu memetik bagaimana empat lapangan terbang yang sering dikatakan dikendalikan GIP iaitu London City, Gatwick, Edinburgh, dan Sydney hanya mengendalikan sekitar 60 juta penumpang pada 2023, berbanding sekitar 119 juta penumpang yang menggunakan lapangan terbang MAHB.

Dalam pada itu, kerajaan semalam menafikan terlibat dalam penyingkiran beberapa posting TikTok Khairy berkaitan BlackRock dan MAHB.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata tiada arahan mengenai posting itu diberikan.

“Saya mengesahkan tiada arahan daripada saya atau timbalan saya (Teo Nie Ching). Dan tiada tindakan (diambil) oleh SKMM juga,” katanya.

SKMM berkata siaran itu dialih keluar oleh TikTok berdasarkan garis panduan komuniti mereka dan sepenuhnya merupakan keputusan platform media sosial itu.

Sebelum ini, timbul kritikan segelintir pihak yang menentang penyertaan BlackRock menerusi GIP, sebuah firma yang bakal diambil alih syarikat pro-zionis itu, dalam konsortium bersama Khazanah Bhd dan KWSP bagi meningkatkan pegangan dalam MAHB.

Kerajaan juga diminta menarik semula keputusan untuk menjual pegangan saham dalam MAHB kepada BlackRock kerana ia antara ‘pemain utama’ menyokong gerakan LGBT.

GIP bagaimanapun dilaporkan menegaskan BlackRock Inc tidak pernah sama sekali terlibat dalam sebarang transaksi berhubung penstrukturan semula kepentingan dalam MAHB melalui Gateway Development Alliance (GDA). 

Malaysia sebelum ini dilaporkan menduduki tempat teratas dalam senarai pentadbiran di dunia meminta TikTok menurunkan kandungan di platformnya dalam tempoh separuh kedua tahun lalu.

Ia berdasarkan data dikeluarkan syarikat itu, sebulan selepas Malaysia jatuh 34 anak tangga dalam indeks kebebasan media antarabangsa tahun ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending