Connect with us

Antarabangsa

Keluarga tebusan Hamas rayu Parlimen Israel tangguh usul hukuman mati

Ahli-ahli parti ekstremis haluan kanan Israel, Otzma Yehudit menengking ahli keluarga tebusan Hamas atas perbalahan berkaitan undang-undang rejim Israel yang bakal mengenakan hukuman mati ke atas mereka disifatkan ‘pengganas’ oleh negara haram itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli-ahli parti ekstremis haluan kanan Israel, Otzma Yehudit.
  • Ahli-ahli parti ekstremis haluan kanan Israel, Otzma Yehudit menengking ahli keluarga tebusan Hamas atas perbalahan berkaitan undang-undang rejim Israel yang bakal mengenakan hukuman mati ke atas mereka disifatkan ‘pengganas’ oleh negara haram itu.
  • Sebahagian keluarga 240 tebusan itu merayu kepada ahli-ahli Knesset (Parlimen Israel) semalam supaya tidak menjalankan sesi sebutan perundangan itu kerana khuatir ia akan memberi kesan kepada keluarga mereka dalam tahanan Hamas di Gaza.
  • Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negara Knesset MK Tzvika Fogel dari Otzma Yehudit yang berada di situ berkata sesiapa yang cuba menangguhkan Rang Undang-Undang (RUU) itu lebih “mewakili Hamas”.
  • “Ini (hukuman mati ke atas pengganas) tidak menyanggah matlamat membawa pulang tebusan dan sesiapa yang cuba memperlihatkannya sebagai satu percanggahan adalah seorang yang cuba untuk lebih mewakili Hamas berbanding (mewakili) Israel,” katanya.

Ahli-ahli parti ekstremis haluan kanan Israel, Otzma Yehudit menengking ahli keluarga tebusan Hamas atas perbalahan berkaitan undang-undang rejim Israel yang bakal mengenakan hukuman mati ke atas mereka disifatkan ‘pengganas’ oleh negara haram itu.

Sebahagian keluarga 240 tebusan itu merayu kepada ahli-ahli Knesset (Parlimen Israel) semalam supaya tidak menjalankan sesi sebutan perundangan itu kerana khuatir ia akan memberi kesan kepada keluarga mereka dalam tahanan Hamas di Gaza.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negara Knesset MK Tzvika Fogel dari Otzma Yehudit yang berada di situ berkata sesiapa yang cuba menangguhkan Rang Undang-Undang (RUU) itu lebih “mewakili Hamas”.

“Ini (hukuman mati ke atas pengganas) tidak menyanggah matlamat membawa pulang tebusan dan sesiapa yang cuba memperlihatkannya sebagai satu percanggahan adalah seorang yang cuba untuk lebih mewakili Hamas berbanding (mewakili) Israel,” katanya dipetik The Times of Israel.

Gil Dickman, sepupu salah seorang tahanan Hamas membantah dakwaan diucapkan menteri itu.

“Saya telah meminta kepada kamu minggu lepas dan merayu supaya kamu hentikan. Saya turut merayu supaya kamu tidak mengambil kesempatan atas kami atau kesengsaraan kami.

“Kalau kamu melihat kepada kami, tolong singkirkannya dari agenda. Jika kamu mempunyai perasaan, jangan katakan kami mewakili mereka yang membunuh orang yang kami sayangi,” katanya.

Bekas timbalan peguam negara, Ran Nizri, yang mewakili keluarga tebusan berhujah bahawa undang-undang semasa membenarkan jatuhnya hukuman mati ke atas mereka yang menjalankan aktiviti keganasan.

Sumber: The Times Of Israel

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *