Connect with us

Terkini

Jutawan AS lancar kempen untuk burukkan imej Hamas

Jutawan hartanah di Amerika Syarikat (AS), Barry Sternlicht melancarkan kempen mengumpul sokongan untuk meningkatkan imej Israel serta memburuk-burukkan Hamas.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jutawan AS lancar kempen untuk burukkan imej Hamas
Foto: Jutawan hartanah Amerika Syarikat (AS), Barry Sternlicht.
  • Jutawan hartanah di Amerika Syarikat (AS), Barry Sternlicht lancar kempen kumpul sokongan untuk meningkatkan imej Israel serta memburuk-burukkan Hamas.
  • Kempen ‘Facts for Peace’ dinaungi Josh Vlasto iaitu ahli strategi komunikasi yang pernah bekerja dengan Senator AS, Chuck Schumer dan bekas Gabenor New York, Andrew Cuomo itu dilancarkan ketika bantahan solidariti pro-Palestin sedang hangat di seluruh dunia.
  • Berdasarkan e-mel di laman sesawang berita Semafor, Al Jazeera melaporkan kempen itu dilancarkan bertujuan mengumpul dana bernilai jutaan dolar daripada puluhan nama besar dunia media, kewangan dan teknologi.

WASHINGTON: Jutawan hartanah di Amerika Syarikat (AS), Barry Sternlicht melancarkan kempen mengumpul sokongan untuk meningkatkan imej Israel serta memburuk-burukkan Hamas.

Kempen ‘Facts for Peace’ dinaungi Josh Vlasto iaitu ahli strategi komunikasi yang pernah bekerja dengan Senator AS, Chuck Schumer dan bekas Gabenor New York, Andrew Cuomo itu dilancarkan ketika bantahan solidariti pro-Palestin sedang hangat di seluruh dunia.

Berdasarkan e-mel di laman sesawang berita Semafor, Al Jazeera melaporkan kempen itu dilancarkan bertujuan mengumpul dana bernilai jutaan dolar daripada puluhan nama besar dunia media, kewangan dan teknologi.

Katanya, rayuan dikemuka kepada lebih 50 individu, termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif Google, Eric Schmidt; Ketua Pegawai Eksekutif Dell, Michael Dell dan pembiaya, Michael Milken.

Gabungan individu berkenaan memiliki nilai pendapatan bersih kira-kira AS$500 bilion (RM2.35 trilion).

Semafor melaporkan, kempen berkenaan sudah mengumpul beberapa juta dolar setakat ini, namun tiada perincian mengenai individu yang memberi sumbangan.

Beberapa individu, seperti pelabur Bill Ackman, secara terbuka mengancam untuk menyenaraihitamkan pelajar pro-Palestin yang mengkritik Israel.

Bill menerusi aplikasi X pada 10 Oktober lalu, berkata dia dan eksekutif perniagaan lain mahu universiti Ivy League mendedahkan nama pelajar daripada organisasi yang menandatangani surat terbuka yang mengkritik dasar Israel di Gaza.

Barry menerusi e-mel bagi merayu dana itu berkata, kempen berkenaan akan membantu Israel ‘mendahului naratif’ selepas dunia bertindak balas terhadap serangan bertalu-talu rejim Zionis di Semenanjung Gaza.

Beliau berkata, kempen itu menyasarkan untuk menjenamakan Hamas sebagai ‘organisasi pengganas yang ‘bukan hanya musuh Israel, tetapi juga AS’.

Selain itu, katanya, ia bermatlamat untuk mengumpul derma peribadi bernilai AS$50 juta (RM235.4 juta) yang akan dipadankan dengan sumbangan daripada badan amal Yahudi.

“Pendapat umum akan berubah kerana adegan sebenar atau rekaan Hamas berhubung penderitaan rakyat Palestin pasti akan menghakis empati masyarakat dunia (terhadap Israel). Kita perlu mendahului naratif,” katanya.

AS dan Kesatuan Eropah (EU) sebelum ini, mengkategorikan Hamas sebagai organisasi ‘pengganas’ susulan penentangan bersenjata terhadap pendudukan Israel.

AS ialah sekutu terkuat Israel dan memberi bantuan berbilion dolar setiap tahun serta sokongan diplomatik, selain berterusan menentang gesaan gencatan senjata di Gaza.

Kongres AS juga meluluskan pakej bantuan ketenteraan kecemasan bernilai AS$14.3 bilion (RM67.32 bilion) kepada Israel, pada 2 November lalu. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *