Terkini
Houthi Yaman lancar peluru berpandu, dron ke arah Israel
Kumpulan Houthi Yaman mendakwa melancarkan “sebilangan besar” peluru berpandu balistik dan dron ke arah Israel serta memberi amaran lebih banyak serangan akan dilancarkan ke atas negara haram itu.
- Kumpulan Houthi Yaman mendakwa melancarkan “sebilangan besar” peluru berpandu balistik dan dron ke arah Israel serta memberi amaran lebih banyak serangan akan dilancarkan ke atas negara haram itu.
- Jurucakap Tentera Houthi, Yahya Saree berkata serangan itu merupakan operasi ketiga mereka menyasarkan Israel selain turut mengancam untuk melakukan lebih banyak serangan “sehingga dihentikan pencerobohan Israel”.
- Seorang pegawai kanan Houthi memberitahu agensi berita AFP bahawa kumpulan Yaman (Houthi) yang disokong Iran itu telah menghantar dron ke arah selatan Israel.
- “Dron ini milik negara Yaman,” kata Perdana Menteri Kerajaan Houthi, Abdelaziz bin Habtour.
- Insiden itu berlaku seiring meningkatnya ketegangan di wilayah serantau di tengah-tengah perang Israel-Hamas di Gaza.
Kumpulan Houthi Yaman mendakwa melancarkan “sebilangan besar” peluru berpandu balistik dan dron ke arah Israel serta memberi amaran lebih banyak serangan akan dilancarkan ke atas negara haram itu.
Jurucakap Tentera Houthi, Yahya Saree berkata serangan itu merupakan operasi ketiga mereka menyasarkan Israel selain turut mengancam untuk melakukan lebih banyak serangan “sehingga dihentikan pencerobohan Israel”.
Al Jazeera melaporkan seorang pegawai kanan Houthi memberitahu agensi berita AFP bahawa kumpulan Yaman (Houthi) yang disokong Iran itu menghantar dron ke arah selatan Israel.
“Dron ini milik negara Yaman,” kata Perdana Menteri Kerajaan Houthi, Abdelaziz bin Habtour.
Insiden itu berlaku seiring meningkatnya ketegangan serantau di tengah-tengah perang Israel-Hamas di Gaza.
Israel sebelum ini memberitahu mereka telah memusnahkan “sasaran udara” yang tidak dikenal pasti di atas Laut Merah pada pagi Selasa.
“Ia (serangan itu) tidak memberi ancaman atau merisikokan orang awam,” kata tentera Israel.
Insiden itu mengaktifkan siren serangan udara di pusat peranginan pelancong Laut Merah yang terkenal di Eilat, menyebabkan orang ramai berlari mencari tempat perlindungan.
Tentera Israel berkata buat pertama kalinya, mereka gunakan sistem pertahanan udara “Arrow” untuk memintas peluru berpandu surface-to-surface (permukaan-ke-permukaan) di Laut Merah yang disasarkan kepada mereka.
Sumber: Al Jazeera