Connect with us

Terkini

Gara-gara pakai Keffiyeh, aktor British ditahan pihak berkuasa Arab Saudi

Gara-gara memakai selendang tradisional Palestin iaitu Keffiyeh, seorang pelakon British berketurunan Bangladesh ditahan pihak berkuasa Arab Saudi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Gara-gara pakai Keffiyeh, aktor British ditahan pihak berkuasa Arab Saudi
Foto: Pelakon British berketurunan Bangladesh, Islah Abdur Rahman.
  • Gara-gara memakai selendang tradisional Palestin iaitu Keffiyeh, seorang pelakon British berketurunan Bangladesh ditahan pihak berkuasa Arab Saudi.
  • Islah Abdur Rahman berkata, ia berlaku pada akhir Oktober lalu ketika dia dan keluarganya mengerjakan umrah di tanah suci Mekah.
  • Menurutnya, ketika kejadian tersebut, dia mengenakan Keffiyeh putih di kepala sebagai tanda solidariti terhadap mangsa genosid di Palestin oleh rejim penjajah Israel.

Gara-gara memakai selendang tradisional Palestin iaitu Keffiyeh, seorang pelakon British berketurunan Bangladesh ditahan pihak berkuasa Arab Saudi.

Islah Abdur Rahman berkata, ia berlaku pada akhir Oktober lalu ketika dia dan keluarganya mengerjakan umrah di tanah suci Mekah.

Menurutnya, ketika kejadian tersebut, dia mengenakan Keffiyeh putih di kepala sebagai tanda solidariti terhadap mangsa genosid di Palestin oleh rejim penjajah Israel.

“Kemudian, saya ditahan oleh empat orang tentera Arab Saudi kerana mengenakan pakaian berkenaan di samping terdapat tasbih berwarna bendera Palestin pada pergelangan tangan.

“Saya telah dibawa ke satu lokasi yang untuk disoal siasat oleh mereka. Beberapa orang tentera menanyakan tentang kewarganegaraan saya, kenapa saya berada di sini, dari mana saya datang dan berapa lama saya berada di sini,” kata Abdur Rahman memetik Middle East Eye pada Khamis.

Dia kemudian dilepaskan oleh tentera tersebut namun Keffiyehnya dirampas sambil diingatkan oleh salah seorang pegawai yang tindakannya itu tidak bagus.

Abdur Rahman dalam satu hantaran di Instagram turut meluahkan, penahanan berkenaan mendatangkan sedikit ketakutan pada mulanya, namun jiwanya berasa sedih kerana memikirkan nasib serupa sedang dihadapi oleh warga Palestin di Gaza ketika ini.

Meskipun tidak ingin memburukkan nama tanah suci berkenaan, dia meluahkan yang rakyat Palestin kini tidak mempunyai suara terhadap nasib malang yang dihadapi mereka.

Perkongsiannya tersebut bagaimanapun mengundang kecaman daripada warga Arab Saudi di atas talian yang mempertahankan tindakan pihak berkuasa dengan alasan, sebarang bendera  atau simbol tidak boleh ditonjolkan di tempat ibadah.

Pada 10 November, Ketua Urusan Agama Arab Saudi di Masjidil Haram, Abdul Rahman al-Sudais, menasihatkan orang ramai untuk tidak campur tangan atau terlibat dalam sebarang isu yang berlaku di Gaza.

“Kalian melihat apa yang berlaku kepada saudara kita di Palestin, apa lagi yang harus kita lakukan terhadap mereka selain daripada berdoa untuk mereka.

“Umat Islam tidak seharusnya terpengaruh oleh provokasi isu ini dan membiarkan peristiwa ini memisahkan mereka. Mereka harus merujuk kepada pemimpin, pihak berkuasa dan ulama mereka serta tidak terlibat dalam perkara yang tidak menjadi hak mereka,” katanya.

Sumber: Middle East Eye

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *