Connect with us

Terkini

Usah jadikan Minggu Solidariti Palestin sebagai polemik politik – IKRAM

Program Minggu Solidariti Palestin dilaksanakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak seharusnya dijadikan polemik politik, kata  Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM).

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Usah jadikan Minggu Solidariti Palestin sebagai polemik politik – IKRAM
Foto: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Profesor Dr Omar Yaakob.
  • Program Minggu Solidariti Palestin dilaksanakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak seharusnya dijadikan polemik politik, kata  Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM).
  • Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Profesor Dr Omar Yaakob berkata semua pihak sepatutnya perlu sepakat menghormati keputusan Kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat Palestin bagi mendapatkan hak mereka untuk hidup bebas dan merdeka. 
  • “Pertubuhan IKRAM Malaysia menyokong langkah Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan Program Solidariti Palestin yang bertujuan mendidik nilai-nilai manusiawi, termasuk hak asasi manusia dan sifat ihsan dalam kalangan pelajar. 
  • “Pelajar perlu didedahkan dengan sejarah pencerobohan dan penjajahan Israel ke atas Palestin sehingga menimbulkan krisis kemanusiaan terbesar dan terpanjang abad ini,” kata IKRAM dalam kenyataan pada Isnin. 
  • Omar berkata pelajar perlu diingatkan bahawa dasar aparteid dan penghapusan etnik dilakukan rejim Israel adalah melanggar semua undang-undang antarabangsa. 

KUALA LUMPUR – Program Minggu Solidariti Palestin dilaksanakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak seharusnya dijadikan polemik politik, kata  Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Profesor Dr Omar Yaakob berkata semua pihak sepatutnya perlu sepakat menghormati keputusan Kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat Palestin bagi mendapatkan hak mereka untuk hidup bebas dan merdeka. 

“Pertubuhan IKRAM Malaysia menyokong langkah Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan Program Solidariti Palestin yang bertujuan mendidik nilai-nilai manusiawi, termasuk hak asasi manusia dan sifat ihsan dalam kalangan pelajar. 

“Pelajar perlu didedahkan dengan sejarah pencerobohan dan penjajahan Israel ke atas Palestin sehingga menimbulkan krisis kemanusiaan terbesar dan terpanjang abad ini,” kata IKRAM dalam kenyataan pada Isnin. 

Menerusi program itu, Omar berkata pelajar perlu diingatkan bahawa dasar aparteid dan penghapusan etnik dilakukan rejim Israel adalah melanggar semua undang-undang antarabangsa. 

“Palestin adalah satu-satunya negara yang masih terjajah lebih 70 tahun dan pengepungan ke atas lebih dua juta penduduk Gaza adalah sesuatu yang bertentangan dengan perikemanusiaan dan undang-undang antarabangsa,” katanya. 

IKRAM juga mencadangkan supaya program dilaksanakan di sekolah kebangsaan menonjolkan isu Palestin sebagai satu isu kemanusiaan dan keprihatinan global agar sesuai dikongsikan dan boleh disertai semua pelajar tanpa mengira agama. 

KPM mengumumkan melaksanakan Minggu Solidariti Palestin melibatkan institusi pendidikan di bawah kementerian berkenaan bermula 29 Oktober hingga 3 November ini. 

Menurut KPM, pelaksanaan minggu itu sebagai tanda menyahut pendirian kerajaan untuk terus bersama-sama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin. 

Ia turut menggalakkan penganjuran aktiviti-aktiviti mendokong isu kemanusiaan seperti tayangan video kedamaian, sayembara puisi kemanusiaan, pertandingan lukisan poster tema kedamaian dan kutipan sumbangan kepada rakyat Palestin di sepanjang pelaksanaan program itu. 

Sebelum ini, beberapa ahli politik termasuk Pengerusi DAP Perak yang juga Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyifatkan pemakaian guru dan anak murid mengenakan serban menutup wajah dan memegang senjata mainan di program itu di sebuah sekolah seperti membawa unsur fahaman ekstremisme dan keganasan, sehingga menimbulkan polemik.

Perkara itu juga turut dibangkitkan beberapa ahli politik dari MCA. — The Merdeka Times

Sumber: Kenyataan Media IKRAM

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *