Terkini
Tindak balas pejuang Palestin untuk mempertahankan kedaulatan, maruah – Wan Fayhsal
Tindak balas bersenjata daripada pejuang pembebasan Palestin disifatkan sebagai hak warganegara tersebut dalam mempertahankan kedaulatan dan maruah mereka selepas suara serta desakan mereka dipandang sepi oleh masyarakat dunia.
- Tindak balas bersenjata daripada pejuang pembebasan Palestin disifatkan sebagai hak warganegara tersebut dalam mempertahankan kedaulatan dan maruah mereka selepas suara serta desakan mereka dipandang sepi oleh masyarakat dunia.
- Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, dasar zalim rejim zionis dalam menjajah dan menindas rakyat Palestin serta mencemari kesucian Masjid Al-Aqsa mengundang rasa marah warga Palestin dan masyarakat dunia.
- Katanya, desakan warga Palestin mengenai dasar zalim tersebut tidak diendahkan oleh masyarakat dunia khususnya kuasa-kuasa Barat yang tanpa segan silu mempamerkan hipokrasi dalam melindungi kezaliman Israel biarpun sering melanggar undang-undang antarabangsa.
- “Kami menggesa semua negara-negara dunia bersatu hati dalam menangani krisis ini melalui jalan perundingan khususnya saluran diplomasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan mengiktiraf sempadan asal Palestin sebelum 1967 dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu kotanya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
PETALING JAYA: Tindak balas bersenjata daripada pejuang pembebasan Palestin disifatkan sebagai hak warganegara tersebut dalam mempertahankan kedaulatan dan maruah mereka selepas suara serta desakan mereka dipandang sepi oleh masyarakat dunia.
Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, dasar zalim rejim zionis dalam menjajah dan menindas rakyat Palestin serta mencemari kesucian Masjid Al-Aqsa mengundang rasa marah warga Palestin dan masyarakat dunia.
Katanya, desakan warga Palestin mengenai dasar zalim tersebut tidak diendahkan oleh masyarakat dunia khususnya kuasa-kuasa Barat yang tanpa segan silu mempamerkan hipokrasi dalam melindungi kezaliman Israel biarpun sering melanggar undang-undang antarabangsa.
“Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa PN sentiasa menyokong negara Palestin dalam sebarang usaha mempertahankan diri, wilayah dan kepentingan mereka dan juga kepentingan seluruh umat Islam dalam memelihara kesucian Masjid al-Aqsa dan seluruh wilayah Palestin yang dijajah.
“Kami menggesa semua negara-negara dunia bersatu hati dalam menangani krisis ini melalui jalan perundingan khususnya saluran diplomasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan mengiktiraf sempadan asal Palestin sebelum 1967 dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu kotanya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Sementara itu, Wan Ahmad Fayhsal turut mendesak kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya berhubung hubungan dengan Israel.
“PN juga mendesak agar kerajaan Malaysia untuk menyatakan pendiriannya seperti yang dibuat oleh kepemimpinan negara terdahulu bahawa kerajaan tidak akan sama sekali mewujudkan sebarang hubungan diplomatik atau perdagangan dengan negara haram Israel,” katanya.
Ahli Parlimen Machang itu turut menyeru rakyat Malaysia supaya menolak dan mengecam sekeras-kerasnya penindasan serta kezaliman penjajah rejim zionis tersebut.
“Solidariti dan doa daripada seluruh rakyat Malaysia diperlukan buat saudara-saudara kita yang berada di Palestin dalam memerdekakan tanah air mereka dari cengkaman negara haram Israel,” ujarnya.
Sumber: Utusan Malaysia