Antarabangsa
(VIDEO) Ratusan manusia trans-spesies ‘anjing’ berhimpun di Berlin, Jerman
Ratusan manusia yang mahu dikenal pasti sebagai ‘anjing’ berhimpun di Berlin, Jerman, di mana mereka dilihat berkomunikasi dengan menyalak dan melolong di antara satu sama lain.
Ratusan manusia yang mahu dikenal pasti sebagai ‘anjing’ berhimpun di Berlin, Jerman, di mana mereka dilihat berkomunikasi dengan menyalak dan melolong di antara satu sama lain.
Kira-kira 1,000 aktivis ‘trans-spesies’ itu bertemu di stesen kereta api Berlin Potsdamer Platz di ibu negara Jerman.
Kumpulan itu menyatakan mereka tidak mengenal pasti diri mereka sebagai manusia tetapi mahu diiktiraf sebagai ‘anjing’.
Video tular di media sosial menunjukkan ratusan dari kalangan kelompok pelik itu lengkap berkostum dan bertopeng bersusun mengambil gambar berkumpulan di luar stesen kereta api terbabit.
Rata-rata dari kalangan trans-spesies itu mendakwa mereka tidak mahu dikenal pasti sebagai manusia, tetapi sebagai binatang atau binatang mitologi tertentu.
Ramai pengguna media sosial tidak kagum dengan tindakan mereka dengan seorang penduduk tempatan berkata; “Biarkan saja mereka di tundra Siberia dan biarkan mereka bertahan dengan naluri anjing mereka”.
Seorang lagi mengulas; “Boleh kamu bayangkan seandainya mereka semua terpaksa membuang air besar?”
Sejak kebelakangan ini, individu menyamar sebagai anjing banyak kelihatan di internet, antaranya Toco yang memakai kostum baka Collie dari Jepun dan Tom Peters dari Britain yang memilih menjadi seekor Dalmation.
Sumber: Daily Mail