Connect with us

Terkini

Negara pembekal makanan ASEAN nyata komitmen tampung kekurangan bekalan negara anggota

Negara pembekal makanan ASEAN memberi komitmen untuk mengutamakan pengeksportan bahan makanan mereka kepada negara anggota yang mengalami kekurangan bekalan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Wartawan TMT

Published

on

Negara pembekal makanan ASEAN nyata komitmen tampung kekurangan bekalan negara anggota
Foto: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
  • Negara pembekal makanan ASEAN memberi komitmen untuk mengutamakan pengeksportan bahan makanan mereka kepada negara anggota yang mengalami kekurangan bekalan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
  • Beliau berkata komitmen itu antara keputusan penting yang dicapai semasa Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) kali ke-45.
  • ”Kita berbincang soal keterjaminan makanan, misalnya kalau dalam kalangan negara ASEAN ini ada berlaku kekurangan, kita harap negara ASEAN yang lain dapat menampung dengan cepat,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) bersama delegasi mesyuarat tersebut di sini hari ini. 

SHAH ALAM — Negara pembekal makanan ASEAN memberi komitmen untuk mengutamakan pengeksportan bahan makanan mereka kepada negara anggota yang mengalami kekurangan bekalan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata komitmen itu antara keputusan penting yang dicapai semasa Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) kali ke-45.

”Kita berbincang soal keterjaminan makanan, misalnya kalau dalam kalangan negara ASEAN ini ada berlaku kekurangan, kita harap negara ASEAN yang lain dapat menampung dengan cepat,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) bersama delegasi mesyuarat tersebut di sini hari ini. 

Lawatan itu turut disertai oleh delegasi Jepun dan Korea Selatan sebagai ahli ASEAN Campur 3 serta Timor-Leste sebagai negara pemerhati ASEAN.

Mohamad berkata rakan sejawatnya dari Thailand telah menyatakan komitmen negara itu kepada Malaysia untuk membekalkan beras dan ayam lebih cepat sekiranya perlu dan mengikut keupayaan negara jiran itu. 

“Kalau nak dapat dari Brazil mungkin ambil masa, tetapi dengan Thailand kurang seminggu kita dah dapat ayam itu, kalau kita perlu dan beras juga begitu.

”Menterinya menyatakan selagi ada keupayaan, mereka akan tetap menjual beras mereka kepada Malaysia, sama juga Vietnam (pengeluar beras) yang menyatakan mereka akan mengutamakan ASEAN terlebih dahulu,” katanya. 

Berkenaan lawatan di TBNSA, Mohamad berkata pihak yang berkaitan perlu mempergiat promosi untuk menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara untuk datang ke taman tersebut. 

TBSA yang terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Cherakah telah diwartakan bagi tujuan persekutuan dan kini kira-kira 200 hektar telah dibangunkan bagi tujuan konservasi, penyelidikan, pendidikan, eksplorasi dan agropelancongan yang dikendalikan pihak TBNSA, di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

LKAN: Majlis Profesor Negara nafi salah guna dana kerajaan

Majlis Profesor Negara (MPN) menafikan pihaknya menyalahgunakan pembiayaan kewangan daripada kerajaan bagi tempoh 2019 hingga 2023 seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Majlis Profesor Negara (MPN) menafikan pihaknya menyalahgunakan pembiayaan kewangan daripada kerajaan bagi tempoh 2019 hingga 2023 seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
  • MPN tidak menerima dana kerajaan sejak pembubarannya pada 2018, sebaliknya beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri serta bergerak sebagai entiti bebas sehingga Januari 2022.
  • Ini susulan kerajaan memutuskan untuk membubarkan MPN serta merta berkuat kuasa 23 Mei 2018 yang secara langsung mengeluarkannya daripada naungan kerajaan.
  • “Disepanjang tempoh itu pihak MPN telah mengambil inisiatif-inisiatif tertentu untuk menentukan kelangsungannya disamping membuat pindaan terhadap perlembagaannya selaras dengan kedudukan dan statusnya itu.
  • “MPN mula diterima semula beroperasi dibawah naungan Kerajaan dan menerima dana tahunan mulai Januari 2022,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

KUALA LUMPUR — Majlis Profesor Negara (MPN) menafikan pihaknya menyalahgunakan pembiayaan kewangan daripada kerajaan bagi tempoh 2019 hingga 2023 seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Melalui penjelasan ke atas LKAN itu, MPN berkata pihaknya tidak menerima dana kerajaan sejak pembubarannya pada 2018, sebaliknya beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri serta bergerak sebagai entiti bebas sehingga Januari 2022.

Ini susulan kerajaan memutuskan untuk membubarkan MPN serta merta berkuat kuasa 23 Mei 2018 yang secara langsung mengeluarkannya daripada naungan kerajaan.

Foto: Kenyataan media MPN yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.

“Mulai tarikh pembubaran itu MPN tiada lagi menerima saluran dana Kerajaan dan beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri serta bergerak sebagai sebuah entiti bebas.

“Di sepanjang tempoh itu pihak MPN telah mengambil inisiatif-inisiatif tertentu untuk menentukan kelangsungannya disamping membuat pindaan terhadap perlembagaannya selaras dengan kedudukan dan statusnya itu.

“MPN mula diterima semula beroperasi dibawah naungan Kerajaan dan menerima dana tahunan mulai Januari 2022,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Melalui LKAN 2/2024, audit dilaporkan menemui penyalahgunaan dana dalam MPN di mana ia sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan yang dikawal selia Jabatan Perdana Menteri, didapati membiayai operasi dua syarikat persendirian berjumlah RM373,516. 

Malah, ia mewujudkan konflik kepentingan apabila dua ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) tidak mengisytiharkan kepentingannya sebagai pemilik saham kepada dua syarikat terbabit, selaras Akta 777 (Akta Syarikat 2016). 

MPN juga didapati membuat pembayaran elaun besar kepada pengerusi tetap dan timbalan pengerusi berjumlah RM207,000 tanpa kelulusan menteri yang dipertanggungjawabkan.

Justeru, LKAN mengesyorkan JPM mengkaji semula status MPN sebagai syarikat di bawah seliaan kerajaan dan status MPN perlu diputuskan sebelum dipertimbangkan sama ada penyaluran peruntukan geran wajar diteruskan atau sebaliknya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending