Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Lelaki Muslim OKU diikat, dipukul di tiang elektrik sehingga maut

Seorang lelaki Muslim kelainan upaya di Sunder Nagri, timur laut Delhi, India, diikat pada tiang elektrik dan dibelasah dengan kejam menggunakan kayu oleh sekumpulan lelaki yang mendakwanya mencuri “prasad” (persembahan manisan) di sebuah kuil. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Lelaki Muslim OKU diikat, dipukul di tiang elektrik sehingga maut
Foto: Lelaki Muslim kelainan upaya di Sunder Nagri, timur laut Delhi, Isar Ahmad.

Seorang lelaki Muslim kelainan upaya di Sunder Nagri, timur laut Delhi, India, diikat pada tiang elektrik dan dibelasah dengan kejam menggunakan kayu oleh sekumpulan lelaki yang mendakwanya mencuri “prasad” (persembahan manisan) di sebuah kuil. 

Polis memaklumkan pukulan tidak berperikemanusiaan yang diterimanya mengakibatkan kematian mangsa yang berusia 26 tahun itu, demikian lapor India.com.

Insiden itu dilaporkan berlaku pagi Selasa lalu dan mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan dialaminya.

Video insiden mengerikan itu dikatakan dirakam salah seorang penyerang yang kemudiannya tular di platform media sosial.

Dalam klip video tular itu, mangsa, Isar Ahmad, kelihatan diikat pada tiang elektrik, manakala penyerang berulang kali memukulnya dengan batang kayu walaupun mangsa menggeliat kesakitan memohon belas kasihan. 

Seorang lelaki turut didengari berkata “jangan pukul dia”, namun penyerang terus menghujani pukulan ke atas mangsa yang tidak berdaya sambil dirinya menangis kesakitan.

Seorang pegawai kanan polis berkata Isar dipukul sekumpulan lelaki itu selepas dia gagal menjawab pertanyaan diajukan mereka.

“Mangsa (sebenarnya) OKU, apabila dia gagal menjawab soalan penduduk tempatan, mereka mengikatnya di tiang dan membelasahnya menggunakan kayu,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis (Timur Laut), Joy Tirkey kepada agensi berita PTI .

Pegawai polis itu berkata satu penyiasatan kes pembunuhan dibuka berdasarkan aduan daripada bapa mangsa, Abdul Wajid, 60, yang juga merupakan penduduk Sunder Nagri.

Individu yang membawa mangsa pulang adalah Aamir, iaitu jirannya, dengan menaiki beca dan mangsa dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya itu sekitar jam 7 malam.

Ayahnya bertindak menghubungi pihak polis sekitar 10:45 malam, sebelum kemudian mangsa dibawa ke Hospital Guru Teg Bahadur di mana bedah siasat dijalankan.

Sumber: India Dotcom

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *