Connect with us

Terkini

KPM rancang perluaskan Hadis 40 Imam Nawawi ke semua sekolah, babit pelajar Islam

Modul bagi aktiviti penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang dibangunkan Kementerian Pendidikan (KPM), diselaraskan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan syarah atau kupasan hadisnya sesuai dengan tahap pemahaman murid dan konteks Malaysia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

KPM rancang perluaskan Hadis 40 Imam Nawawi ke semua sekolah, babit pelajar Islam
Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
  • Modul bagi aktiviti penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang dibangunkan Kementerian Pendidikan (KPM), diselaraskan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan syarah atau kupasan hadisnya sesuai dengan tahap pemahaman murid dan konteks Malaysia.
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata modul aktiviti yang dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) ketika ini, mengandungi semua 42 hadis dalam buku Hadis 40 Imam Nawawi.
  • Beliau berkata, KPM merancang untuk melaksanakan perluasan aktiviti penghayatan itu ke semua sekolah kendaliannya mulai tahun depan, yang hanya membabitkan murid beragama Islam.
  • Katanya, KPM sudah mengeluarkan Surat Siaran Pelaksanaan Aktiviti Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di SMKA dan SABK bertarikh 4 Oktober 2023.

KUALA LUMPUR: Modul bagi aktiviti penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang dibangunkan Kementerian Pendidikan (KPM), diselaraskan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan syarah atau kupasan hadisnya sesuai dengan tahap pemahaman murid dan konteks Malaysia.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata modul aktiviti yang dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) ketika ini, mengandungi semua 42 hadis dalam buku Hadis 40 Imam Nawawi.

Beliau berkata, KPM merancang untuk melaksanakan perluasan aktiviti penghayatan itu ke semua sekolah kendaliannya mulai tahun depan, yang hanya membabitkan murid beragama Islam.

Katanya, KPM sudah mengeluarkan Surat Siaran Pelaksanaan Aktiviti Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di SMKA dan SABK bertarikh 4 Oktober 2023.

“Justeru, semua pengetua dan guru besar SMKA dan SABK perlu melaksanakan aktiviti penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang disesuaikan dengan tahap pemahaman murid dan konteks Malaysia.

“Syarah yang dibuat bersama JAKIM ini sangat penting untuk memastikan konteksnya dan pemahaman sampai kepada murid,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) mengenai dakwaan lima hadis digugurkan daripada modul bagi aktiviti penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi.

Fadhlina berkata, aktiviti penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi berupaya mengangkat kemuliaan insan, bertepatan Teras Kedua KPM yang merangkumi tiga elemen utama penghayatan nilai, iaitu adab, akhlak dan integriti.

“Usaha ini bertujuan membentuk sahsiah dan nilai yang baik, selain memupuk semangat kasih sayang dan menerapkan kefahaman agama dalam kalangan murid Islam ke arah melahirkan generasi Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC).

“Selain itu, aktiviti penghayatan ini juga menyokong elemen dalam rukun Malaysia Madani, khususnya yang berkaitan dengan hormat dan ihsan,” katanya.

Pada 19 Ogos lalu, KPM melancarkan modul Hadis 40 Imam Nawawi, bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah, selain menerapkan kefahaman agama, khususnya dalam kalangan pelajar serta guru beragama Islam.

Bagaimanapun, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam menyatakan kebimbangan kemungkinan murid bukan Islam perlu mempelajari modul berkenaan, namun KPM menegaskan, bahawa ia sama sekali tidak membabitkan murid bukan Islam.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *