Terkini
Kerajaan Madani tidak akan biarkan rakyat kelaparan – Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan membiarkan rakyat kelaparan.
- Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan membiarkan rakyat kelaparan.
- Menurut beliau, situasi sebahagian rakyat terputus bekalan makanan seperti yang pernah berlaku semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dahulu tidak akan berulang.
- “Kita menjamin tak mahu, dalam apa keadaan pun, rakyat Malaysia lapar.
- “Kita tak mahu lagi bendera putih dinaikkan kalau berlaku apa-apa sekali pun seperti yang berlaku tiga tahun dulu,” katanya dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat, semalam menjawab soalan tambahan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) mengenai bantuan yang boleh disalurkan oleh kementerian bagi meringankan beban para nelayan yang ditimpa bencana.
KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan membiarkan rakyat kelaparan.
Menurut beliau, situasi sebahagian rakyat terputus bekalan makanan seperti yang pernah berlaku semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dahulu tidak akan berulang.
“Kita menjamin tak mahu, dalam apa keadaan pun, rakyat Malaysia lapar.
“Kita tak mahu lagi bendera putih dinaikkan kalau berlaku apa-apa sekali pun seperti yang berlaku tiga tahun dulu,” katanya dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat, semalam.
Mohamad menjawab soalan tambahan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) mengenai bantuan yang boleh disalurkan oleh kementerian bagi meringankan beban para nelayan yang ditimpa bencana.
Bagi menjawab soalan asal Datuk Muslimin Yahya (PN-Sungai Besar) mengenai jumlah Bantuan Sara Hidup (BSH) yang disalurkan kepada nelayan mulai 2018 hingga tahun lalu, beliau memberitahu, sebanyak RM622.8 juta diperuntukkan bagi tujuan tersebut.
Malah, Mohamad menambah, BSH masih diteruskan tahun ini dengan peruntukan RM147.3 juta untuk nelayan laut dan darat.
Menurut beliau, kerajaan turut memberi pelbagai bantuan lain termasuk skim subsidi diesel dengan nilai RM3.61 bilion bagi tempoh 2018 hingga 2022.
“Kerajaan turut memperkenalkan insentif hasil tangkapan dengan program ini membabitkan nelayan bot A, B dan C bermula 2008 hingga sekarang manakala setiap tangkapan untuk sekilogram dibayar tambahan 10 sen oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
“Nelayan bot A menerima bantuan RM150, bot B sehingga RM750 dan bot C sehingga RM1,000. Sejumlah RM74 juta dibayar kepada 29,529 nelayan bagi tempoh 2018 hingga 2022,” jelasnya.
Mohamad berkata, kerajaan turut memperkenalkan skim bantuan bencana alam dan kebajikan nelayan sejak 2019 sehingga tahun ini.
Sumber: MalaysiaGazette