Antarabangsa
(VIDEO) Kecelaruan barat: Dua wanita trans-spesies ‘anjing’ menyalak di jalanan
Sebuah video tular di media sosial menunjukkan dua wanita berperwatakan ‘anjing’ menyalak antara satu sama lain ketika bertemu di jalanan.
Sebuah video tular di media sosial menunjukkan dua wanita berperwatakan ‘anjing’ menyalak antara satu sama lain ketika bertemu di jalanan.
Tidak dapat dipastikan sama ada dua individu itu ‘berlakon’ atau berpura-pura atau memang tergolong dalam kelompok pelik ‘trans-spesies’ yang semakin membiak dalam masyarakat barat
Video berdurasi 20 saat itu menunjukkan wanita yang dikenali sebagai Jenna berhenti ‘merangkak’ setelah melihat ‘manusia anjing lain’ yang terikat di pagar depannya.
Sport Skeeda melaporkan Jenna, seorang ‘anjing wanita’ yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat (AS) kelihatan diiringi seorang lelaki yang merakam video itu sambil meleraikan kemungkinan berlakunya pertengkaran dua ‘anjing wanita’ itu.
Terdahulu, kira-kira 1,000 aktivis ‘trans-spesies’ bertemu di stesen kereta api Berlin Potsdamer Platz di ibu negara Jerman, dilihat berkomunikasi dengan menyalak dan melolong di antara satu sama lain.
Ironinya, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant beberapa hari lalu memberitahu tentera haram zionis mengenakan ‘total blockade’ sekatan elektrik, makanan, air dan bahan api di Gaza, sambil menggelar penduduk Palestin sebagai “manusia binatang”.
Kenyataan Yoav itu ternyata tersasar kerana sekutu negara haram Israel itu seperti sebilangan masyarakat AS dan Jerman, terbukti lebih cenderung mempamerkan sifat kebinatangan atau “manusia binatang” mereka secara rasmi.
Ia terbukti menerusi video-video tular yang dimuatnaik komuniti mengenai ‘manusia anjing’ penduduk negara-negara barat itu di media sosial. – The Merdeka Times
Sumber: Sport Skeeda
View this post on Instagram