Antarabangsa
Israel serang Hezbollah di Lubnan
Israel melancarkan serangan semalaman ke atas sasaran Hezbollah di Lubnan, menurut tentera Israel dalam satu kenyataan awal hari ini.

- Israel melancarkan serangan semalaman ke atas sasaran Hezbollah di Lubnan, menurut tentera Israel dalam satu kenyataan awal hari ini.
- “Tentera Israel menyerang sasaran tentera Hezbollah di wilayah Lubnan,” katanya.
- Masyarakat antarabangsa khuatir akan meningkatnya konflik antara Hezbollah Lubnan pro-Iran, sekutu Hamas, dan tentera Israel.
BAITULMUQADDIS: Israel melancarkan serangan semalaman ke atas sasaran Hezbollah di Lubnan, menurut tentera Israel dalam satu kenyataan awal hari ini.
“Tentera Israel menyerang sasaran tentera Hezbollah di wilayah Lubnan,” katanya.
Sejak permulaan perang yang dicetuskan oleh serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini oleh Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober, pertempuran di sempadan Israel-Lubnan menyebabkan kira-kira 10 orang terbunuh di pihak Lubnan, kebanyakannya pejuang selain seorang wartawan Reuters dan dua orang awam.
Di pihak Israel, sekurang-kurangnya dua orang terbunuh.
Masyarakat antarabangsa khuatir akan meningkatnya konflik antara Hezbollah Lubnan pro-Iran, sekutu Hamas, dan tentera Israel.
Israel mula memindahkan ribuan penduduk di 28 lokasi di utara negara itu selepas pertempuran sempadan.
Sumber: Utusan Malaysia
