Antarabangsa
Israel serang bangunan PBB dan infrastruktur awam lain
Operasi udara Israel menyerang bangunan kediaman, termasuk menara besar, serta sekolah dan bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di seluruh Gaza sehingga mengakibatkan korban awam.
- Operasi udara Israel menyerang bangunan kediaman, termasuk menara besar, serta sekolah dan bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di seluruh Gaza sehingga mengakibatkan korban awam.
- Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk, dalam kenyataan menegaskan, undang-undang kemanusiaan antarabangsa kekal terpakai sepanjang serangan itu berlaku.
- Katanya, undang-undang itu secara jelas mewajibkan untuk sentiasa menjaga keselamatan rakyat serta infrastruktur awam.
GENEVA: Operasi udara Israel menyerang bangunan kediaman, termasuk menara besar, serta sekolah dan bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di seluruh Gaza sehingga mengakibatkan korban awam.
Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk, dalam kenyataan menegaskan, undang-undang kemanusiaan antarabangsa kekal terpakai sepanjang serangan itu berlaku.
Katanya, undang-undang itu secara jelas mewajibkan untuk sentiasa menjaga keselamatan rakyat serta infrastruktur awam.
Bagi menjawab kepada pengumuman Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant mengenai sekatan yang diperketatkan untuk jalur Gaza, Turk berkata bahawa ‘pengepungan’ yang membahayakan nyawa orang awam adalah dilarang di bawah undang-undang antarabangsa.
Sumber: Berita Harian