Antarabangsa
EU kecam tindakan Israel serang infrastruktur awam di Gaza
Presiden Suruhanjaya Eropah, Charles Michel sifatkan serangan ke atas infrastruktur awam sebagai pencabulan jelas ke atas undang-undang antarabangsa.
- Presiden Suruhanjaya Eropah, Charles Michel sifatkan serangan ke atas infrastruktur awam sebagai pencabulan jelas ke atas undang-undang antarabangsa.
- Kenyataan ini dibuat ketika sidang tergempar suruhanjaya itu, bagi membincangkan situasi di Gaza.
- “Kami mendapat maklumat ketika mesyuarat tergempar ini. Ia sudah disahkan.
- “Serangan ke atas infrastruktur awam adalah tidak sejajar dengan undang-undang antarabangsa,” katanya.
BRUSSELS: Presiden Suruhanjaya Eropah, Charles Michel sifatkan serangan ke atas infrastruktur awam sebagai pencabulan jelas ke atas undang-undang antarabangsa.
Kenyataan ini dibuat ketika sidang tergempar suruhanjaya itu, bagi membincangkan situasi di Gaza.
“Kami mendapat maklumat ketika mesyuarat tergempar ini. Ia sudah disahkan.
“Serangan ke atas infrastruktur awam adalah tidak sejajar dengan undang-undang antarabangsa,” katanya.
Sejak serangan tercetus 7 Oktober lalu, 27 anggota Kesatuan Eropah (EU) menunjukkan pendirian yang berbeza, antaranya percanggahan dalam sokongan ke atas Israel.
Minggu lalu, blok eksekutif EU umum penggantungan serta merta dana pembangunan untuk pihak berkuasa Palestin.
Ia kemudian umum menilai semula bantuan itu untuk memastikan tiada dana disalah guna.
Sabtu lalu, suruhanjaya terbabit umum menggandakan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Sumber: Astro Awani