Connect with us

Antarabangsa

Sekolah rendah di Oklahoma jadikan ratu pondan sebagai pengetua

Sebuah sekolah rendah di Oklahoma dikecam hebat selepas didakwa menjadikan seorang drag queen (ratu pondan) sebagai pengetua sekolah itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sekolah rendah di Oklahoma jadikan ratu pondan sebagai pengetua
Foto: Superintendent negeri Oklahoma, Ryan Walters (kanan).
  • Sebuah sekolah rendah di Oklahoma dikecam hebat selepas didakwa menjadikan seorang drag queen (ratu pondan) sebagai pengetua sekolah itu.
  • Antara yang mengecam perkara itu adalah superintendent (pengawas sekolah) negeri Oklahoma, Ryan Walters yang menyifatkannya tindakan ‘gila’ dan mengarahkan pemecatan serta merta ratu pondan itu, ‘Shantel Mandalay’.
  • Walters mengetengahkan kebimbangan ibu-bapa yang mengadu kepadanya mengenai ‘indoktrinasi woke sayap kiri’ serta ‘teori berkenaan jantina’ di sekolah.
  • Ratu pondan itu, Dr Shane Murnan, 52, yang dinamakan sebagai pengetua Sekolah Rendah John Glenn pada Jun lalu, mempunyai masa silam penuh kontroversi dengan dakwaan 20 tahun lalu berkaitan pornografi kanak-kanak yang kemudiannya digugurkan.

Sebuah sekolah rendah di Oklahoma dikecam hebat selepas didakwa menjadikan seorang drag queen (ratu pondan) sebagai pengetua sekolah itu.

Antara yang mengecam perkara itu adalah superintendent (pengawas sekolah) negeri Oklahoma yang menyifatkannya sebagai tindakan ‘gila’.

Ryan Walters, superintendent negeri Oklahoma, telah mengarahkan pemecatan serta merta ratu pondan itu, ‘Shantel Mandalay’.

“Tindakan membiarkan seorang ratu pondan untuk menguruskan sebuah sekolah adalah sesuatu yang keterlaluan, kamu tahu? (ini) Oklahoma, (perbuatan itu) tidak sejajar dengan nilai (diri warga) Oklahoma,” kata Walters kepada Fox News, menghentam tindakan Western Heights School District itu. 

Walters turut mengetengahkan kebimbangan ibu-bapa yang mengadu kepadanya mengenai ‘indoktrinasi woke sayap kiri’ serta ‘teori berkenaan jantina’ di sekolah.

Ratu pondan itu, Dr Shane Murnan, 52, yang dinamakan sebagai pengetua Sekolah Rendah John Glenn pada Jun lalu, mempunyai masa silam penuh kontroversi dengan dakwaan 20 tahun lalu berkaitan pornografi kanak-kanak yang kemudiannya digugurkan.

Pihak sekolah bagaimanapun menyatakan mereka menyedari tentang rekod silam ratu pondan itu dan bertindak mempertahankan pelantikan individu itu sebagai pengetua di sekolah terbabit.

Sumber: Daily Mail

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *