Terkini
Ramasamy dakwa rasa tidak puas hati kaum India terhadap kerajaan telah bermula
Bekas pemimpin DAP yang keluar parti, P. Ramasamy mendakwa rasa tidak puas hati masyarakat India terhadap Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun bermula.
- Bekas pemimpin DAP yang keluar parti, P. Ramasamy mendakwa rasa tidak puas hati masyarakat India terhadap Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bermula.
- Katanya, pilihan raya negeri baru-baru ini memberi beberapa mesej jelas terhadap perasaan tersebut.
- “Mereka mula sedar bahawa Anwar banyak berjanji untuk menyelamatkan kaum India daripada kemelut ekonomi dan sosial mungkin adalah lelaki berbeza apabila kuasa berada di tangannya,” katanya.
- “Mungkin Anwar mempunyai terlalu banyak perkara untuk ditangani tetapi adakah adil kepada kaum India yang telah menunggu lebih dari 66 tahun untuk dibebaskan daripada kemiskinan, pengangguran, peluang perniagaan dan lain-lain hanya untuk diabaikan atau dipulaukan?” katanya.
- Ramasamy mendakwa, dalam 10 bulan terakhir bawah pimpinan Anwar hanya isyarat yang salah diterima oleh kaum India.
KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin DAP yang keluar parti, P. Ramasamy mendakwa rasa tidak puas hati masyarakat India terhadap Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun bermula.
Katanya, pilihan raya negeri baru-baru ini memberi beberapa mesej yang jelas terhadap perasaan tersebut.
Beliau yang keluar daripada DAP beberapa hari sebelum Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang selepas tidak dicalonkan turut mendakwa masyarakat India diabaikan.
“Mereka mula sedar bahawa Anwar yang banyak berjanji untuk menyelamatkan kaum India daripada kemelut ekonomi dan sosial mungkin adalah lelaki yang berbeza apabila kuasa berada di tangannya.
“Mungkin Anwar mempunyai terlalu banyak perkara untuk ditangani tetapi adakah adil kepada kaum India yang telah menunggu lebih dari 66 tahun untuk dibebaskan daripada kemiskinan, pengangguran, peluang perniagaan dan lain-lain hanya untuk diabaikan atau dipulaukan?” katanya.
Ramasamy mendakwa, dalam 10 bulan terakhir bawah pimpinan Anwar hanya isyarat yang salah diterima oleh kaum India.
Katanya, wakil politik dalam PH, DAP dan PKR kurang atau tidak menghormati kaum India.
“Pemimpin-pemimpin India penting yang disegani masyarakat telah diketepikan sebelum pilihanraya umum dan negeri baru-baru ini.
“Parti-parti seperti DAP dan PKR mungkin masih mendapat sokongan kaum India, tetapi penurunan sokongan itu adalah ketara.
“Terdapat petunjuk jelas bahawa kerajaan perpaduan mempunyai sedikit atau tiada keinginan untuk membantu masyarakat India pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau turut mendakwa, peningkatan sokongan kaum Melayu kepada Perikatan Nasional dalam pilihan raya umum dan negeri telah membimbangkan kerajaan.
Beliau juga mendakwa, terdapat kepercayaan bahawa sokongan kaum Cina dan India boleh diambil secara sewenang-wenangnya maka Kerajaan Perpaduan mesti beralih ke sayap kanan untuk meredakan hak politik Melayu yang dilaungkan oleh PN.
“Ini akan menjelaskan mengapa Anwar mempertahankan sistem kuota kemasukan ke dalam sistem matrikulasi, menamakan semula calon PKR yang rasis yang menggunakan kata-kata perkauman terhadap kaum India dan termasuk tindakan Anwar menyempurnakan pertukaran agama seorang pemuda India kepada Islam.
“Pengislaman adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh kaum India yang majoritinya beragama Hindu.
“Tindakan Anwar sendiri yang mengetuai penukaran agama itu menghantar mesej bahawa Anwar tidak menghormati masyarakat Hindu,” katanya.
Ramasamy berkata, jika Anwar tidak menghormati kaum India, mengapa kaum itu perlu menghormatinya.
Tambah beliau, jika Kerajaan Perpaduan berpendapat bahawa sokongan kaum India adalah sesuatu yang boleh diambil mudah maka ia harus dilakukan dengan memikirkan sepenuhnya kesan politik yang akan dihadapi.
Sumber: Malaysia Gazette