Antarabangsa
Pelanggan mengadu gerai halal tidak mahu pinjamkan mangkuk kosong
Seorang pengunjung medan selera di Singapura mengadu pemilik gerai laksa yang mendapat pengiktirafan halal enggan meminjamkan mangkuk kosong.
- Seorang pengunjung medan selera di Singapura mengadu pemilik gerai laksa yang mendapat pengiktirafan halal enggan meminjamkan mangkuk kosong.
- Menurut wanita itu, ibunya cuba meminjam mangkuk kosong daripada pemilik gerai untuk berkongsi makanan dengan rakannya, namun permintaannya ditolak.
- Pemilik gerai bernama Pan itu memberitahu Shin Min Daily News bahawa dia mengusahakan gerai itu lebih lima tahun dan tidak pernah menyediakan mangkuk kosong.
- “Saya ada ramai pelanggan Melayu dan tidak baik jika ada yang melihat pelanggan menggunakan mangkuk saya untuk meletakkan daging babi. Saya mencuci mangkuk sendiri. Jika semua orang datang pinjam mangkuk, penatlah saya,” kata Pan.
SINGAPURA – Seorang pengunjung medan selera di Singapura mengadu pemilik gerai laksa yang mendapat pengiktirafan halal enggan meminjamkan mangkuk kosong.
Menurut laporan Shin Min Daily News, seorang wanita membuat hantaran di halaman Facebook ‘Complaint Singapore’ bahawa ibunya mendapat layanan kurang baik daripada sebuah pemilik gerai laksa di sebuah medan selera.
Menurut wanita itu, ibunya cuba meminjam mangkuk kosong daripada pemilik gerai untuk berkongsi makanan dengan rakannya, namun permintaannya ditolak.
“Wanita ini (pemilik gerai) juga menjerit pada ibu saya, berkata ‘jika kamu hebat sangat, kamu masak sendiri’,” katanya dalam hantaran di media sosial pada 19 September lalu.
Pemilik gerai bernama Pan itu memberitahu Shin Min Daily News bahawa dia mengusahakan gerai itu lebih lima tahun dan tidak pernah menyediakan mangkuk kosong.
Katanya, gerai itu memiliki sijil halal dan dia bimbang pelanggan menggunakan mangkuk gerainya untuk makanan lain.
“Saya ada ramai pelanggan Melayu dan tidak baik jika ada yang melihat pelanggan menggunakan mangkuk saya untuk meletakkan daging babi. Saya mencuci mangkuk sendiri. Jika semua orang datang pinjam mangkuk, penatlah saya,” kata Pan.
Sumber: Shin Min Daily News