Connect with us

Terkini

Pelaksanaan pelan ekonomi sektor pertanian perlu dipercepatkan – Pakar ekonomi

Kerajaan perlu mempercepatkan pelaksanaan pelan ekonomi terhadap sektor pertanian yang telah dibentangkan, termasuk Dasar Agromakanan Negara 2.0 untuk memastikan keterjaminan makanan rakyat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pelaksanaan pelan ekonomi sektor pertanian perlu dipercepatkan – Pakar ekonomi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan perlu mempercepatkan pelaksanaan pelan ekonomi terhadap sektor pertanian yang telah dibentangkan, termasuk Dasar Agromakanan Negara 2.0 untuk memastikan keterjaminan makanan rakyat.
  • Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan,UUM, Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, berkata dasar itu diperincikan dengan pelbagai strategi untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat.
  • “Terdapat enam objektif, lima teras, 21 strategi dan 77 pelan tindakan. Jadi, ini semua berkaitan dengan isu-isu bekalan makanan, sekuriti makanan terutama dalam subsektor padi dan beras.”
  • “Kita perlu memastikan apa yang telah dirancangkan dilaksana dan perlu ada komunikasi yang berkesan kepada rakyat berkenaan dengan kemas kini yang telah dilakukan,” katanya.

PETALING JAYA: Kerajaan perlu mempercepatkan pelaksanaan pelan ekonomi terhadap sektor pertanian yang telah dibentangkan, termasuk Dasar Agromakanan Negara 2.0 untuk memastikan keterjaminan makanan rakyat.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, berkata dasar itu telah diperincikan dengan pelbagai strategi untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat.

“Terdapat enam objektif, lima teras, 21 strategi dan 77 pelan tindakan. Jadi, ini semua berkaitan dengan isu-isu bekalan makanan, sekuriti makanan terutama dalam subsektor padi dan beras.

“Kita perlu memastikan apa yang telah dirancangkan dilaksana dan perlu ada komunikasi yang berkesan kepada rakyat berkenaan dengan kemas kini yang telah dilakukan,” katanya kepada BuletinTV3.

Tambah beliau, kerajaan wajar menerbitkan laporan secara berkala mengenai hasil atau kemas kini daripada Dasar Agromakanan Negara 2.0 bagi memastikan ketegasan dalam mengatasi isu keterjaminan makanan dan kos sara hidup.

Isu kenaikan harga beras import juga merupakan tanda kepada masalah struktur ekonomi yang telah lama berlaku. Bagaimanapun, ia menjadi lebih teruk akibat COVID-19.

“Jadi, kita tidak boleh lagi mempersalahkan keadaan cuaca, mempersalahkan keadaan luar kerana kita sudahpun meletakkan sasaran dan memberikan rancangan dari segi menggunakan teknologi pertanian moden, perubahan struktur, mengatasi orang tengah, bagaimana kita nak tingkatkan tahap sara diri, padi dan beras yang perlu dilaksanakan,” katanya.

Beliau turut khuatir data terkini yang menunjukkan sektor pertanian menguncup pada suku lalu dan satu iltizam yang jelas amat diperlukan untuk menyelesaikan masalah ini.

Pakar ekonomi itu juga percaya, penyelesaian kepada masalah perkara asas ini lebih penting daripada pelan ekonomi lain kerana ia berkait langsung kepada kehidupan rakyat.

Sebelum ini, Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) menyelaraskan harga jualan beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan berkuat kuasa Jumaat lalu.

Sumber: Buletin TV3

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *