Connect with us

Terkini

MUDA, PSM serah surat bantahan kes Zahid Hamidi kepada Peguam Negara

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Sayap Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyerahkan surat bantahan kepada Jabatan Peguam Negara berhubung keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, minggu lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

MUDA, PSM serah surat bantahan kes Zahid Hamidi kepada Peguam Negara
Foto: Poster surat bantahan dalam hantaran yang dibuat di Instagram @partimuda, pada Jumaat.
  • Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Sayap Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyerahkan surat bantahan kepada Jabatan Peguam Negara berhubung keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, minggu lalu.
  • Menurut hantaran di Instagram @partimuda, surat bantahan itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada jam 10 pagi hari ini.
  • Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 September lalu melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid Hamidi, yang juga Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dihadapinya.

KUALA LUMPUR — Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Sayap Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyerahkan surat bantahan kepada Jabatan Peguam Negara berhubung keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, minggu lalu.

Menurut hantaran di Instagram @partimuda, surat bantahan itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada jam 10 pagi hari ini.

“MUDA dan PSM akan menyerahkan surat bantahan kepada Jabatan Peguam Negara berkenaan permohonan pelepasan tanpa membebaskan kes Zahid Hamidi. 

“Serahan akan dilakukan pada Isnin, 11 September, jam 10 pagi. Orang ramai dan ahli parti dijemput untuk turut serta,” kata MUDA dalam hantaran di platform media sosial itu, semalam.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 September lalu melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid Hamidi, yang juga Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dihadapinya.

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diaporkan berkata parti itu menganggap keputusan mahkamah terbabit sebagai suatu pelanggaran terbesar terhadap garisan merah institusi kehakiman negara.

Justeru, MUDA menuntut Jabatan Peguam Negara untuk memberi penjelasan di Parlimen mengenai keputusan itu selepas mahkamah sebelum ini memutuskan terdapatnya kes prima facie terhadap Zahid Hamidi. — The Merdeka Times

Sumber : Instagram partimuda

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *