Antarabangsa
Mahkamah Eropah desak Bulgaria benarkan hubungan pasangan sejenis
Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah menggesa Bulgaria melindungi kehidupan peribadi dan cara hidup pasangan sejenis di negara itu.
- Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah menggesa Bulgaria melindungi kehidupan peribadi dan cara hidup pasangan sejenis di negara itu.
- Walaupun tidak mendesak perkahwinan sejenis diiktiraf secara sah di Bulgaria, Euractiv European Court Human Rights (ECtHR) berkata negara itu perlu mengawal selia perhubungan sejenis dalam undang-undangnya.
- Catholic Network Europe melaporkan gesaan itu bermula dengan kes pasangan lesbian, Darina Koilova dan Lilia Babulkova yang berkahwin di United Kingdom (UK) pada 2016, tetapi pulang ke Bulgaria di mana perkahwinan songsang mereka tidak diiktiraf di negara itu.
- Pasangan lesbian itu mencabar kes itu di mahkamah dengan merujuk kepada Konvensyen Eropah untuk membela diri mereka selain mendakwa dinafikan hak perlindungan dan merasakan perkahwinan mereka didiskriminasi.
- Di Bulgaria, hanya dua bentuk perkongsian hidup yang diiktiraf undang-undang iaitu perkahwinan sivil dan perkongsian keluarga de facto.
- Undang-undang Bulgaria juga mentakrifkan intimate relationship (hubungan intim) sebagai hanya berlaku di antara lelaki dan wanita, selain perlembagaan negara itu mentakrifkan perkahwinan sebagai “penyatuan bebas antara lelaki dan wanita”.
Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah menggesa Bulgaria melindungi kehidupan peribadi dan cara hidup pasangan sejenis di negara itu.
Walaupun tidak mendesak perkahwinan sejenis diiktiraf secara sah di Bulgaria, Euractiv European Court Human Rights (ECtHR) berkata negara itu perlu mengawal selia perhubungan sejenis dalam undang-undangnya.
Catholic Network Europe melaporkan gesaan itu bermula dengan kes pasangan lesbian, Darina Koilova dan Lilia Babulkova yang berkahwin di United Kingdom (UK) pada 2016, tetapi pulang ke Bulgaria di mana perkahwinan songsang mereka tidak diiktiraf di negara itu.
Pasangan lesbian itu mencabar kes itu di mahkamah dengan merujuk kepada Konvensyen Eropah untuk membela diri mereka selain mendakwa dinafikan hak perlindungan dan merasakan perkahwinan mereka didiskriminasi.
Konvensyen Eropah menggariskan hak menghormati kehidupan peribadi dan keluarga serta melarang diskriminasi terhadap pasangan lesbian dan gay.
Mahkamah Eropah itu juga mengarahkan Bulgaria membayar 3,000 euro kepada pasangan itu bagi kos dan perbelanjaan mereka.
Kerajaan Bulgaria bagaimanapun tidak berhasrat untuk melaksanakan penghakiman itu walaupun keputusan mahkamah Eropah itu bersifat mengikat.
Di Bulgaria, hanya dua bentuk perkongsian hidup yang diiktiraf undang-undang iaitu perkahwinan sivil dan perkongsian keluarga de facto.
Undang-undang Bulgaria juga mentakrifkan intimate relationship (hubungan intim) sebagai hanya berlaku di antara lelaki dan wanita, selain perlembagaan negara itu mentakrifkan perkahwinan sebagai “penyatuan bebas antara lelaki dan wanita”.
Sumber: Catholic Network Europe (CNE)