Antarabangsa
Kem bogel, bengkel seks ganas ‘BDSM’ dianjur khas kelompok transgender
Satu projek kem retreat bogel dan bengkel BDSM (seks ganas) ‘TransBareAll’ dianjurkan bagi kelompok transgender, lapor Reduxx.

- Satu projek kem retreat bogel dan bengkel BDSM (seks ganas) ‘TransBareAll’ dianjurkan bagi kelompok transgender, lapor Reduxx.
- Projek kem bogel dan bengkel BDSM itu akan diketuai perunding badan kebajikan Gendered Intelligence, yang juga badan kebajikan transgender terbesar di England, yang mempromosikan ideologi jantina kepada murid sekolah.
- Acara itu dilakukan setiap hujung minggu dengan menawarkan topik-topik berkaitan seperti seks, jantina di luar binari, BDSM dan body confidence (keyakinan badan) kumpulan songsang itu.
- Menurut laman sesawang TBA, prinsip program itu adalah untuk menyokong keyakinan badan, termasuk menyediakan naked space (ruang berbogel) di mana semua orang dialu-alukan memakai sebanyak mana pakaian yang merasa selesa atau berbogel.
Satu projek kem retreat bogel dan bengkel BDSM (seks ganas) ‘TransBareAll’ dianjurkan bagi kelompok transgender, lapor Reduxx.
Projek kem bogel dan bengkel BDSM itu akan diketuai perunding badan kebajikan Gendered Intelligence, yang juga badan kebajikan transgender terbesar di England, yang mempromosikan ideologi jantina kepada murid sekolah.
Diasaskan oleh aktivis Trans, Lee Gale dan Jay McNeil pada 2009, Gendered Intelligence menyediakan naked space (ruang berbogel) bagi wanita muda yang dikenal pasti sebagai transgender.
Acara itu dilakukan setiap hujung minggu dengan menawarkan topik-topik berkaitan seperti seks, jantina di luar binari, BDSM (seks ganas) dan body confidence kumpulan songsang itu.
Menurut laman sesawang TBA, prinsip program itu adalah untuk menyokong body confidence, termasuk menyediakan naked space di mana semua orang dialu-alukan memakai sebanyak mana pakaian yang merasa selesa atau berbogel.
“Kami mendapati orang yang menanggalkan pakaian mereka, perbualan berubah kerana mereka telah mendedahkan diri secara fizikal dan bersikap lebih terbuka,” kata Lee Gale.
TBA menyatakan acara itu dilakukan setiap hujung minggu di mana semua orang boleh menunjukkan mana-mana bahagian badan mereka dan bercakap tentang kepentingannya.
Terbaru, kumpulan itu turut dilaporkan menyasarkan wanita muda yang mengalami masalah gangguan makan.
Sumber: Reduxx
