Connect with us

Antarabangsa

Isu pendidikan wanita, Afghanistan minta masyarakat dunia bersabar

Menyebut pendidikan sebagai “keperluan bersama umat Islam,” pentadbiran kerajaan di Afghanistan menggesa semua pihak ‘bersabar’ dalam isu pendidikan wanita di negara bekas perang itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Isu pendidikan wanita, Afghanistan minta masyarakat dunia bersabar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menyebut pendidikan sebagai “keperluan bersama umat Islam,” pentadbiran kerajaan di Afghanistan menggesa semua pihak ‘bersabar’ dalam isu pendidikan wanita di negara bekas perang itu.
  • “Pendidikan wanita adalah keperluan masyarakat dan isu ini akan diselesaikan mengikut syarat,” kata Menteri Dalam Negeri Emeriyah Islam Afghanistan (IEA), Sirajuddin Haqqani kepada delegasi lawatan dari Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dipetik 5Pillars.
  • Haqqani memberi maklumbalas itu kepada delegasi OIC yang dilaporkan “memuji beberapa dekri” EIA mengenai hak wanita, kata kenyataan disiarkan di X oleh Kementerian Dalam Negeri Afghanistan.
  • Menurut OIC, delegasi ulama dan pemikir Islam tiba di Kabul pada Khamis lalu untuk bertemu dengan ulama Afghanistan bersama menteri dan pegawai dalam kerajaan berhubung beberapa isu menekan negara bekas perang itu yang kini dikuasai Taliban sejak Ogos 2021.

Menyebut pendidikan sebagai “keperluan bersama umat Islam,” pentadbiran kerajaan di Afghanistan menggesa semua pihak ‘bersabar’ dalam isu pendidikan wanita di negara bekas perang itu.

“Pendidikan wanita adalah keperluan masyarakat dan isu ini akan diselesaikan mengikut syarat,” kata Menteri Dalam Negeri Emeriyah Islam Afghanistan (IEA), Sirajuddin Haqqani kepada delegasi lawatan dari Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dipetik 5Pillars.

Haqqani memberi maklumbalas itu kepada delegasi OIC yang dilaporkan “memuji beberapa dekri” EIA mengenai hak wanita, kata kenyataan disiarkan di X oleh Kementerian Dalam Negeri Afghanistan.

IEA dilaporkan menyekat pendidikan wanita Afghanistan dan mencetuskan kecaman masyarakat dunia sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara itu dari kerajaan lama yang disokong kuasa barat sejak Ogos 2021.

Kini, Afghanistan hanya membenarkan pendidikan rendah untuk pelajar perempuan ke sekolah awam, manakala pengajian peringkat menengah dan pendidikan tinggi masih belum dibenarkan kepada kelompok berkenaan.

Menurut OIC, delegasi ulama dan pemikir Islam tiba di ibu negara Afghanistan, Kabul pada Khamis lalu untuk bertemu dengan ulama Afghanistan bersama menteri dan pegawai dalam kerajaan.

Kementerian berkata anggota delegasi juga mengatakan “pendidikan adalah hak bersama lelaki dan wanita”.

“Seiring dengan pendidikan agama, pendidikan moden membawa kepada pembangunan masyarakat,” kata delegasi pertubuhan negara-negara Islam itu.

Haqqani dalam kenyataan kementeriannya itu mengakui pendidikan adalah keperluan bersama umat Islam ketika beliau meminta delegasi pelawat untuk bersabar dalam hal itu (isu akses pendidikan kepada wanita).

Katanya, peraturan IEA tidak seperti yang diperjelaskan kepada masyarakat dunia (oleh media antarabangsa) dan rakyat Afghanistan memiliki banyak kebaikan dan kerjasama. 

Dia juga akan meyakinkan Taliban yang menerajui kerajaan di Afghanistan untuk terus berusaha memperbaiki setiap kelemahan yang ada.

Sumber: 5 Pillars

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *