Terkini
Isu modul Hadis 40 Imam Nawawi: Arun Dorasamy dipanggil ke Bukit Aman
Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi kenyataan berhubung isu modul Hadis 40 Imam Nawawi dilancarkan Kementerian Pendidikan (KPM), baru-baru ini.

- Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi kenyataan berhubung isu modul Hadis 40 Imam Nawawi dilancarkan Kementerian Pendidikan (KPM), baru-baru ini.
- Arun yang juga seorang peguam memaklumkan perkara itu dalam hantaran di akaun Facebooknya semalam.
- “I am called to Bukit Aman for a statement for the KPM 40 Hadith issue. Thursday at 10am. I will cooperate fully. Rule of Law!” kata Arun.
- Memetik kenyataannya di Facebook, The Merdeka Times semalam melaporkan Arun mendakwa KPM telah mengeluarkan lima hadis daripada modul asal Hadis 40 Imam Nawawi, malah mendakwa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) turut menyokong lima hadis terbabit dikeluarkan.
- Berdasarkan makluman dari MHS, Arun berkata lima hadis dikeluarkan itu, termasuk hadis ke-8 daripada hadis 40 tersebut, kerana dianggap tidak selari dengan aspirasi perpaduan.
- Namun dakwaan beliau dinafikan Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz yang menyatakan tiada perbincangan dibuat dalam pertemuan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempoh hari bagi mengeluarkan mahupun membuang lima hadis terbabit.
KUALA LUMPUR – Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi kenyataan berhubung isu modul Hadis 40 Imam Nawawi dilancarkan Kementerian Pendidikan (KPM), baru-baru ini.
Arun yang juga seorang peguam memaklumkan perkara itu dalam hantaran di akaun Facebooknya semalam.
Katanya, beliau dipanggil ke Bukit Aman pada jam 10 pagi Khamis dan turut menyatakan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.
“I am called to Bukit Aman for a statement for the KPM 40 Hadith issue. Thursday at 10am. I will cooperate fully. Rule of Law!,” kata Arun dalam hantaran di akaun Facebooknya.

Foto: Tangkap layar di Facebook Arun Dorasamy.
Memetik kenyataannya di Facebook, The Merdeka Times semalam melaporkan Arun mendakwa KPM telah mengeluarkan lima hadis daripada modul asal Hadis 40 Imam Nawawi, malah mendakwa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) turut menyokong lima hadis terbabit dikeluarkan.
Menurut Arun, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Persatuan Hindu Sanggam Malaysia (MHS).
Arun berkata lima hadis dikeluarkan itu, termasuk hadis ke-8 daripada hadis 40 tersebut, kerana dianggap tidak selari dengan aspirasi perpaduan.
Namun dakwaan beliau dinafikan Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz yang menyatakan tiada perbincangan dibuat dalam pertemuan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempoh hari bagi mengeluarkan mahupun membuang lima hadis terbabit.
Media pada 19 Ogos lalu melaporkan KPM melancarkan modul penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah yang antara lain untuk menerapkan kefahaman agama dan memupuk semangat kasih sayang, khususnya dalam kalangan guru dan pelajar beragama Islam.
KPM pada 25 Ogos lalu mengumumkan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara hanya disasarkan kepada guru dan murid beragama Islam sahaja.
Beberapa pertubuhan bukan Islam sebelum itu dilaporkan membantah pelaksanaan modul hadis tersebut dengan kebimbangan ia membabitkan pelajar bukan Islam. – The Merdeka Times
Sumber: Arun Dorasamy Facebook
