Connect with us

Antarabangsa

Indeed beri $10,000 jika pekerja, keluarga terdekat mahu pindah tukar jantina

Sebuah laman web mencari pekerjaan popular, Indeed, menawarkan pekerjanya di Amerika Syarikat (AS) serta ahli keluarga terdekat $10,000 (RM46,730) sebagai perbelanjaan penempatan semula seandainya negeri didiami mereka menyekat perkhidmatan perubatan transgender.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Indeed beri $10,000 jika pekerja, keluarga terdekat mahu pindah tukar jantina
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebuah laman web mencari pekerjaan popular, Indeed, menawarkan pekerjanya di Amerika Syarikat (AS) serta ahli keluarga terdekat $10,000 (RM46,730) sebagai perbelanjaan penempatan semula seandainya negeri didiami mereka menyekat perkhidmatan perubatan transgender.
  • Ini termasuk situasi sekiranya negeri didiami menetapkan larangan ke atas pembedahan pertukaran jantina untuk kanak-kanak, demikian lapor CNA.
  • Inisiatif itu turut terpakai di negeri berlakunya sekatan sokongan untuk kanak-kanak yang mengidentifikasi diri mereka sebagai transgender atau bukan binari.
  • Polisi syarikat itu berkuatkuasa pada Julai lalu dan usaha CNA untuk mendapatkan komentar dari Indeed mengenai perkara terbabit belum membuahkan apa-apa hasil setakat ini.

Sebuah laman web mencari pekerjaan popular, Indeed, menawarkan pekerjanya di Amerika Syarikat (AS) serta ahli keluarga terdekat $10,000 (RM46,730) sebagai perbelanjaan penempatan semula seandainya negeri didiami mereka menyekat perkhidmatan perubatan transgender.

Ini termasuk situasi sekiranya negeri didiami menetapkan larangan ke atas pembedahan pertukaran jantina untuk kanak-kanak, demikian lapor CNA.

Inisiatif itu juga terpakai di negeri berlakunya sekatan sokongan untuk kanak-kanak yang mengidentifikasi diri mereka sebagai transgender atau bukan binari.

Polisi syarikat itu berkuatkuasa pada Julai lalu dan usaha CNA untuk mendapatkan komentar dari Indeed mengenai perkara terbabit tidak membuahkan apa-apa hasil setakat ini.

“Rakan sekerja transgender, bukan binari dan yang tidak tertakluk kepada mana-mana jantina (gender non-conforming) adalah penting dalam perniagaan dan budaya kami di Indeed. Kami tahu pekerja kami berusaha sebaiknya dalam kerja apabila dibenarkan menampilkan diri mereka yang sebenar.

“Kami juga percaya semua (individu) berhak membuat keputusan penjagaan kesihatan yang dirasakan baik bagi diri dan keluarga mereka,” kata Naib Presiden Kepelbagaian, Kesaksamaan, Keterangkuman dan Kebersamaan di Indeed, Misty Gaither kepada Axios dipetik Catholic News Agency.

Keputusan Indeed memberikan faedah itu kepada pekerjanya itu dikritik hebat Pengarah Pusat Kehidupan, Agama dan Keluarga Richard dan Helen DeVos di Yayasan Warisan, Jay Richards.

Richards bagaimanapun percaya polisi syarikat itu akan digugurkan kelak apabila kesan kekejaman yang dibenarkan (akibat prosedur pembedahan kanak-kanak) mula menunjukkan impaknya. 

Kajian diterbitkan Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati pesakit berumur 12 tahun hingga 18 tahun mewakili 3,678 pembedahan transgender di antara tahun 2016 hingga 2020.

Kira-kira 87 peratus dari jumlah itu melakukan pembedahan dada iaitu mengeluarkan payudara sihat kanak-kanak perempuan dan pembedahan meletakkan payudara palsu pada kanak-kanak lelaki. 

Kira-kira 11 peratus pesakit lingkungan umur itu pula menerima pembedahan alat kelamin, dengan jumlah yang dilaporkan dalam lingkungan 405 individu.

Sumber: CNA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *