Terkini
Harga beras import paket 10kg hampir cecah RM60 – Tinjauan
Harga beras import di pasaran sekitar bandar raya ini naik mendadak sehingga ada yang mencecah hampir RM60 bagi paket 10 kilogram (kg).
- Harga beras import di pasaran sekitar bandar raya ini naik mendadak sehingga ada yang mencecah hampir RM60 bagi paket 10 kilogram (kg).
- Tinjauan di beberapa pasar raya dan kedai runcit mendapati, beras wangi jenama Liansin Butterfly kini naik RM54.99 bagi paket 10 kg berbanding kira-kira RM44 sebelum ini.
- Beras Liansin jenama Royal Chrysanthemum pula kini dijual RM55.50, manakala beras wangi jenama Happy Rice Thai Royal Fragrant pula naik sehingga RM57.99 bagi berat yang sama.
- Peniaga kedai runcit yang enggan dikenali berkata, pembekal memaklumkan harga beras import kini dinaikkan RM1 bagi setiap kilogram.
KUCHING : Harga beras import di pasaran sekitar bandar raya ini naik mendadak sehingga ada yang mencecah hampir RM60 bagi paket 10 kilogram (kg).
Tinjauan di beberapa pasar raya dan kedai runcit mendapati, beras wangi jenama Liansin Butterfly kini naik RM54.99 bagi paket 10 kg berbanding kira-kira RM44 sebelum ini.
Beras Liansin jenama Royal Chrysanthemum pula kini dijual RM55.50, manakala beras wangi jenama Happy Rice Thai Royal Fragrant pula naik sehingga RM57.99 bagi berat yang sama.
Peniaga kedai runcit yang enggan dikenali berkata, pembekal memaklumkan harga beras import kini dinaikkan RM1 bagi setiap kilogram.
“Pemborong kata mereka tidak boleh mengelak untuk menaikkan harga kepada peruncit kerana harga pada peringkat import juga semakin naik.
“Memang ada pengguna yang marah dan menyalahkan peruncit apabila harga beras kini semakin tinggi, tetapi kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana harga yang ditetapkan pemborong juga membebankan kami,” katanya.
Tinjauan turut mendapati orang ramai mengambil kesempatan membeli beras tempatan dalam kuantiti banyak yang dijual di pasar raya pada harga istimewa RM27.90 bagi paket 10 kg.
Sementara itu, peniaga kedai makan turut membayangkan kenaikan harga makanan juga tidak dapat dielakkan.
“Jika harga beras naik, kami peniaga makanan juga terpaksa menaikkan harga jualan.
“Bukan setakat harga beras yang naik, banyak lagi barang lain semuanya semakin mahal pada masa ini,” kata seorang peniaga gerai makanan di sebuah pasar raya di Batu Kawa.
Sumber: Berita Harian