Terkini
Elak cetus kontroversi, SKMM gesa laporan lebih bertanggungjawab
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati terdapat beberapa pelaporan dijadikan senjata untuk memanipulasi kandungan serta mencetuskan rasa tidak hormat dan naratif mengelirukan.
- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati terdapat beberapa pelaporan dijadikan senjata untuk memanipulasi kandungan serta mencetuskan rasa tidak hormat dan naratif mengelirukan.
- SKMM menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya menekankan kepentingan pelaporan tepat yang merujuk konteks sebenar ucapan disampaikan di Parlimen tanpa menggunakan kandungan berkenaan bagi tujuan menyebarkan kebencian dan mencetuskan provokasi.
- “Bagi mencegah berlakunya sebarang cubaan melakukan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), MCMC meminta kerjasama penuh daripada pihak atau individu berkaitan serta saluran berita.
- “MCMC memandang serius kesan akibat pelaporan yang kurang bertanggungjawab terhadap masyarakat,” katanya dalam kenyataan itu bagi menjawab laporan berita yang disiarkan portal MalaysiaNow berhubung ucapan disampaikan di Parlimen serta hantaran Facebook seorang wartawan kanan, A Kadir Jasin pada Jumaat lalu.
- MalaysiaNow sebelum ini melaporkan SKMM menuntut pihaknya meminda atau menurunkan laporan diterbitkan portal itu mengenai kekecohan di Dewan Rakyat pada Selasa minggu lalu, memberi tempoh dua jam untuk berbuat demikian atau berdepan “tindakan penguatkuasaan lanjut”.
KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati terdapat beberapa pelaporan dijadikan senjata untuk memanipulasi kandungan serta mencetuskan rasa tidak hormat dan naratif mengelirukan.
SKMM menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya menekankan kepentingan pelaporan tepat yang merujuk konteks sebenar ucapan disampaikan di Parlimen tanpa menggunakan kandungan berkenaan bagi tujuan menyebarkan kebencian dan mencetuskan provokasi.
“Bagi mencegah berlakunya sebarang cubaan melakukan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), MCMC meminta kerjasama penuh daripada pihak atau individu berkaitan serta saluran berita.
“MCMC memandang serius kesan akibat pelaporan yang kurang bertanggungjawab terhadap masyarakat,” katanya dalam kenyataan itu bagi menjawab laporan berita disiarkan portal MalaysiaNow berhubung ucapan disampaikan di Parlimen serta hantaran Facebook seorang wartawan kanan, A Kadir Jasin pada Jumaat lalu.
MalaysiaNow sebelum ini melaporkan SKMM menuntut pihaknya meminda atau menurunkan laporan diterbitkan portal itu mengenai kekecohan di Dewan Rakyat pada Selasa minggu lalu, memberi tempoh dua jam untuk berbuat demikian atau berdepan “tindakan penguatkuasaan lanjut”.
Laporan itu berkata menurut SKMM, ia “tidak mencerminkan konteks sebenar ucapan yang disebutkan” sambil menambah bahawa tajuknya “tidak sopan, penghinaan, atau jelik”.
Dalam kenyataan pada Jumaat, SKMM menasihatkan pengamal media dan agensi berita untuk merujuk kepada Kod Kandungan yang memberi panduan jelas berhubung standard kandungan yang selaras dengan AKM 1998.
Katanya, dengan mematuhi Kod Kandungan, pengamal media dapat memastikan pelaporan yang bertanggungjawab selain mengelakkan dari melangkaui batas kebebasan bersuara.
“Garis panduan yang digariskan dalam Kod Kandungan menggalakkan pendekatan bertanggungjawab dalam peruntukan kandungan dan prosedur kawalan kendiri.
“Pendekatan ini bertujuan untuk memupuk kreativiti, inovasi dan pertumbuhan sihat dalam industri.
“Dengan mengikuti garis panduan tersebut, saluran-saluran berita boleh menyumbang kepada suatu wacana yang lebih seimbang dan termaklum, bebas daripada sebarang manipulasi dan maklumat yang kurang tepat,” katanya.
Dalam pada itu, SKMM turut menggesa pelaporan bertanggungjawab, yang menekankan kepada ketepatan konteks liputan berita.
Katanya, adalah penting bagi pengamal media untuk mempraktikkan pertimbangan beretika dan mengelakkan menggunakan kandungan berita sebagai senjata untuk menyebarkan maklumat palsu. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia