Connect with us

Antarabangsa

Britain bukan lagi negara Kristian, Paderi Gereja England sokong perkahwinan sejenis – Tinjauan

Kumpulan paderi Gereja England mahu melihat paderi-paderi mereka dibenarkan mengahwini pasangan gay serta membenarkan paderi gay berkahwin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Kumpulan paderi Gereja England mahu melihat paderi-paderi mereka dibenarkan mengahwini pasangan gay serta membenarkan paderi gay berkahwin.
Foto: Paderi Andrew Foreshew-Cain.
  • Kumpulan paderi Gereja England mahu melihat paderi-paderi mereka dibenarkan mengahwini pasangan gay serta membenarkan paderi gay berkahwin.
  • Menurut tinjauan The Times, kumpulan paderi itu turut berhasrat melihat rombakan dalam ajaran Anglikan berkaitan homoseksualiti dalam pertemuan umum pemimpin-pemimpin Gereja England (General Synod) yang akan datang.
  • Majoriti daripada hampir 1,200 responden dalam tinjauan itu juga mengalu-alukan pemimpin dari kalangan wanita dan percaya bahawa Britain bukan lagi negara Kristian.
  • Penerbitan hasil tinjauan itu pada Selasa lalu adalah yang pertama seumpamanya sejak United Kingdom (UK) mula membenarkan kesatuan sivil seks sejenis yang bermula pada 2014.
  • Tinjauan mendapati 59 peratus paderi bersetuju memberkati (membenarkan) perkahwinan sama jenis, 32 peratus kekal tidak bersetuju dan 63 peratus berpendapat gereja patut membenarkan paderi homoseksual untuk berkahwin.

Kumpulan paderi Gereja England mahu melihat paderi-paderi mereka dibenarkan mengahwini pasangan gay serta membenarkan paderi gay berkahwin.

Menurut tinjauan The Times, kumpulan paderi itu turut berhasrat melihat rombakan dalam ajaran Anglikan berkaitan homoseksualiti dalam pertemuan umum pemimpin-pemimpin Gereja England (General Synod) yang akan datang.

Majoriti daripada hampir 1,200 responden dalam tinjauan itu juga mengalu-alukan pemimpin dari kalangan wanita dan percaya bahawa Britain bukan lagi negara Kristian.

Paderi Andrew Foreshew-Cain yang mengendalikan Kempen Perkahwinan Setara di Gereja berkata hasil tinjauan itu merupakan, “bukti jelas bahawa perubahan hala tuju perlu diambil gereja”.

Foreshew-Cain juga membelakangkan peraturan gereja dengan mengahwini pasangan gaynya.

Penerbitan hasil tinjauan itu pada Selasa lalu adalah yang pertama seumpamanya sejak United Kingdom (UK) mula membenarkan kesatuan sivil seks sejenis yang bermula pada 2014.

Pada ketika itu, 51 peratus paderi Anglikan memutuskan perkahwinan sejenis adalah salah, manakala 39 peratus pula menyokongnya. 

Kurang sedekad kemudian, 59 peratus kini bersetuju memberkati (membenarkan) perkahwinan sama jenis, 32 peratus kekal tidak bersetuju dan 63 peratus berpendapat bahawa gereja patut membenarkan paderi homoseksual untuk berkahwin.

Berdasarkan tinjauan itu juga, 53.4 peratus paderi-paderi bersetuju jika peraturan diubah untuk membenarkan mereka sendiri berkahwin dengan pasangan sejenis, manakala 36.5 peratus membantah.

Walau bagaimanapun, dari aspek mengetuai upacara perkahwinan sejenis itu pula hanya 49.2 peratus paderi sanggup melakukannya, manakala 41 peratus menolak dari melakukannya.

Sumber: RT

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *