Connect with us

Terkini

Boyfriend Online: “Banyak rezeki halal, kenapa harus cari yang haram?” — Mufti Pulau Pinang

Baru-baru ini tular pasangan kembar yang meraih sehingga RM30,000 sebulan dengan menawarkan perkhidmatan boyfriend dalam talian.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Boyfriend Online: “Banyak rezeki halal, kenapa harus cari yang haram?,”- Mufti Pulau Pinang
Foto: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor.
  • Tular pasangan kembar yang meraih sehingga RM30,000 sebulan dengan menawarkan perkhidmatan boyfriend dalam talian.
  • Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor menyifatkan pendapatan yang diperolehi oleh seseorang menerusi perbuatan haram adalah juga dikira haram.
  • “Pelakunya adalah berdosa menurut hukum syarak. Medan untuk mencari rezeki yang halal terbentang luas, kenapa harus mencari juga pendapatan yang haram? Memang iblis sentiasa menggalakkan anak cucu Adam melakukan perkara-perkara berdosa untuk merosakkan iman mereka,” tegas beliau.

KUALA LUMPUR : Baru-baru ini tular pasangan kembar yang meraih sehingga RM30,000 sebulan dengan menawarkan perkhidmatan boyfriend dalam talian.

Video berkenaan, kelihatan dua orang kembar memuat naik gambar mereka di media sosial di TikTok dengan menawarkan perkhidmatan boyfriend dalam talian yang merangkumi perkhidmatan berborak, perkhidmatan video call,  bersiar-siar menaiki skuter di Kuala Lumpur, menghantar bunga pada hari konvokesyen, menghantar makanan, panggilan video dan banyak lagi.

Maliq dan Raihan (bukan nama sebenar) meminta bayaran untuk setiap perkhidmatan yang ditawarkan sehingga meraih sebanyak RM30,000 sebulan.

Perkhidmatan ini bagaimanapun mendapat reaksi Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor yang menyifatkan pendapatan yang diperolehi oleh seseorang menerusi perbuatan haram adalah juga dikira haram.

“Pelakunya adalah berdosa menurut hukum syarak. Medan untuk mencari rezeki yang halal terbentang luas, kenapa harus mencari juga pendapatan yang haram? Memang iblis sentiasa menggalakkan anak cucu Adam melakukan perkara-perkara berdosa untuk merosakkan iman mereka,” tegas beliau.

Mufti Pulau Pinang itu turut menasihatkan generasi muda untuk persiapkan diri dari sudut ilmu kemahiran dan kepimpinan untuk mengambil alih peranan generasi kini dalam semua lapangan hidup.

“Kamu adalah bakal mewarisi generasi sekarang untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah ini. Oleh itu penuhilah usia muda kamu dengan khidmat bakti kepada agama, masyarakat dan negara. Semoga khidmat bakti anda di dunia yang singkat ini menjadi pelaburan yang menguntungkan di akhirat nanti,” kata beliau.

Pasangan kembar yang tular dengan perkhidmatan Boyfriend Online ini turut memaklumkan pelanggannya terdiri  daripada usia muda hinggalah berusia, lelaki dan wanita, artis, VVIP (kenamaan) juga turut tidak ketinggalan.

Mereka turut bertegas bahawa zaman ini duit adalah segala-galanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *