Connect with us

Agama

Benarkah Islam mengajar umatnya memerangi seluruh manusia hingga mereka memeluk Islam?

PELAKSANAAN Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi sebagai modul pembelajaran di sekolah merupakan satu inisiatif yang baik untuk memahamkan pelajar Islam, khususnya tentang nilai-nilai Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Research And Development MRM

Published

on

Benarkah Islam mengajar umatnya memerangi seluruh manusia hingga mereka memeluk Islam?
Foto: Buku Hadis 40.

PELAKSANAAN Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi sebagai modul pembelajaran di sekolah merupakan satu inisiatif yang baik untuk memahamkan pelajar Islam, khususnya tentang nilai-nilai Islam.

Namun, terdapat golongan yang mendakwa hadis nombor kelapan dalam himpunan hadis itu sebagai mengajar umat Islam untuk memerangi manusia sehingga mereka memeluk Islam:

“Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan solat dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah SWT.”

(Hadis 40 Imam Nawawi, Hadis No. 8)

  1. Memahami hadis bukanlah dengan hanya memahami maksudnya secara literal lalu disyarahkan mengikut logik akal semata-mata. Tetapi ia memerlukan kepada alat-alatnya seperti ilmu hadis, syarah hadis, sebab hadis diucapkan (asbab al-wurud) dan ilmu bahasa Arab, selain keperluan untuk dibaca bersekali dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis lain yang berkaitan jihad.
  2. Imam Syarafuddin al-Tibi menjelaskan bukan semua golongan penyembah berhala perlu diperangi kerana golongan seperti Ahli Kitab yang tidak boleh diperangi jika mereka bersetuju membayar jizyah, begitu juga golongan musyrikin yang tidak boleh diperangi jika mereka telah memeterai perjanjian damai dengan umat Islam.
  3. Syeikh Muhammad al-Ghazali berkata hadis itu pada hakikatnya merujuk kepada keharusan untuk memerangi golongan musyrikin Arab yang disebabkan penentangan mereka terhadap agama Islam dan umatnya, serta perbuatan mereka yang tidak menghormati perjanjian damai yang telah dimeterai antara kedua-dua belah pihak.
  4. Syeikh Ibn Taimiyyah menyebut golongan kafir itu hanya diperangi jika mereka sendiri memerangi umat Islam selaras dengan pandangan jumhur ulama, dan seperti yang diterangkan oleh al-Quran dan al-Sunnah.
  5. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi berkata hadis itu merujuk kepada mereka yang memerangi umat Islam.

Islam menyeru kepada keamanan dan mengharamkan peperangan secara mutlak, kecuali ketika adanya keperluan untuk memelihara akidah umat.

Penelitian terhadap sejarah Islam juga menunjukkan bahawa Nabi SAW tidak pernah memusuhi hingga hendak membunuh orang bukan Islam hanya kerana mereka tidak mahu memeluk agama Islam.

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

(Surah al-Mumtahinah, 60: 8-9)

Artikel penuh sila rujuk di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak menggambarkan pendirian The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Sumber: Laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *