Terkini
Zahid perlu letak jawatan – Idris Jusoh
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu meletak jawatannya selepas parti itu menunjukkan prestasi buruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), kelmarin.

- Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu meletak jawatannya selepas parti itu menunjukkan prestasi buruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), kelmarin, kata bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Tan Sri Idris Jusoh.
- “UMNO kalah teruk di PRN semalam, UMNO kalah 100 peratus di Terengganu, (Ahmad) Zahid Hamidi perlu letak jawatan,” kata Idris yang juga bekas Menteri Besar Terengganu di Facebook miliknya semalam.
- PRN di enam negeri pada Sabtu menyaksikan BN mencatat prestasi terburuk dalam sejarah selepas hanya menang 19 daripada 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi parti itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu meletak jawatannya selepas parti itu menunjukkan prestasi buruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), kelmarin.
Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Tan Sri Idris Jusoh berkata, Zahid yang juga Presiden UMNO perlu bertanggungjawab atas keputusan BN/UMNO di enam negeri itu.
“UMNO kalah teruk di PRN semalam. UMNO kalah 100 peratus di Terengganu. Zahid Hamidi perlu letak jawatan,” kata Idis yang juga bekas Menteri Besar Terengganu itu di Facebook miliknya semalam.
PRN di enam negeri pada Sabtu menyaksikan BN/UMNO mencatat prestasi terburuk dalam sejarah selepas hanya menang 19 daripada 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi parti itu.
Daripada jumlah itu, 13 kerusi DUN di Negeri Sembilan, empat di Selangor dan masing-masing satu kerusi di Pulau Pinang dan Kedah. BN/UMNO juga gagal memenangi sebarang kerusi di Terengganu dan Kedah. – The Merdeka Times
