Connect with us

Antarabangsa

Tiga rakyat Palestin mati ditembak di Tebing Barat

Tiga pemuda Palestin mati ditembak tentera Israel berhampiran bandar Arraba di wilayah Jenin, Tebing Barat pada Ahad, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kebebasan bersuara kini terhad kepada menyokong kerajaan – Tun Mahathir
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tiga pemuda Palestin mati ditembak tentera Israel berhampiran bandar Arraba di wilayah Jenin, Tebing Barat pada Ahad, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
  • Tentera Israel mendakwa bahawa pasukannya telah menumpaskan sebuah “kumpulan bersenjata di kawasan Jenin, di utara Tebing Barat, lapor Agensi Anadolu. 
  • Insiden itu berlaku beberapa jam selepas seorang anggota polis Tel Aviv terbunuh dalam satu serangan tembakan.

RAMALLAH –  Tiga pemuda Palestin mati ditembak tentera Israel berhampiran bandar Arraba di wilayah Jenin, Tebing Barat pada Ahad, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Sementara itu, tentera Israel mendakwa bahawa pasukannya telah menumpaskan sebuah “kumpulan bersenjata di kawasan Jenin, di utara Tebing Barat, lapor Agensi Anadolu. 

Insiden itu berlaku beberapa jam selepas seorang anggota polis Tel Aviv terbunuh dalam satu serangan tembakan.

Suspek penyerang Palestin turut dibunuh oleh pegawai Israel yang lain. Sejak awal tahun ini, Tebing Barat berulang kali menyaksikan serbuan tentera Israel bagi memberkas warga Palestin yang dikehendaki. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author