Connect with us

Antarabangsa

Tentera Russia lancar serangan, Ukraine arah penduduk pindah

Ukraine semalam menggesa orang awam untuk berpindah ketika Russia melancarkan serangan untuk menawan wilayah Ukraine yang pernah dirampas sebelum ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tentera Russia lancar serangan, Ukraine arah penduduk pindah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ukraine semalam menggesa orang awam untuk berpindah ketika Russia melancarkan serangan untuk menawan wilayah Ukraine yang pernah dirampas sebelum ini.
  • Kupiansk dan kawasan sekitar wilayah Kharkiv Ukraine berjaya ditawan semula oleh tentera Kyiv pada September lalu, namun tentera Moscow kini kembali ke wilayah itu.
  • “Berikutan keadaan keselamatan yang sukar dan peningkatan kes tembakan oleh tentera Russia dalam kalangan masyarakat Kupiansk, ini adalah peluang anda untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat,” kata pentadbiran bandar itu.
  • Ia berkata penduduk boleh berpindah ke Kharkiv, kira-kira 90 kilometer (km) ke barat, di mana mereka mempunyai pilihan untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat, malah menggesa kanak-kanak, orang tua dan mereka sakit supaya pergi segera.

KHARKIV: Ukraine semalam menggesa orang awam untuk berpindah ketika Russia melancarkan serangan untuk menawan wilayah Ukraine yang pernah dirampas sebelum ini.

Kupiansk dan kawasan sekitar wilayah Kharkiv Ukraine berjaya ditawan semula oleh tentera Kyiv pada September lalu, namun tentera Moscow kini kembali ke wilayah itu.

“Berikutan keadaan keselamatan yang sukar dan peningkatan kes tembakan oleh tentera Russia dalam kalangan masyarakat Kupiansk, ini adalah peluang anda untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat,” kata pentadbiran bandar itu.

Ia berkata penduduk boleh berpindah ke Kharkiv, kira-kira 90 kilometer (km) ke barat, di mana mereka mempunyai pilihan untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat, malah menggesa kanak-kanak, orang tua dan mereka sakit supaya pergi segera.

“Jangan abaikan keselamatan anda dan keselamatan orang tersayang,” menurut kenyataan itu.

Amaran itu dibuat ketika Kementerian Pertahanan Russia mengumumkan askarnya sudah ‘memperbaiki kedudukan mereka’ di sepanjang barisan hadapan berhampiran bandar itu.

Di bandar selatan Zaporizhzhia, serangan Russia ke atas bangunan awam membunuh sekurang-kurangnya seorang dan mencederakan 14 yang lain.

Antara yang cedera ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dan remaja lelaki berusia 14 tahun.

“Kebakaran berlaku di bangunan awam selepas dibedil dengan peluru berpandu. Seorang dilaporkan meninggal dunia,” menurut hantaran Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, di Telegram.

Jurucakap pasukan timur Ukraine, Sergiy Cherevaty, mengesahkan kepada televisyen nasional bahawa tentera Russia cuba menembusi Kupiansk.

Ketua pentadbiran tentera bandar Kupiansk, Andriy Besedin, berkata keadaan masih sukar, namun terkawal dengan pemindahan bermula semalam, apabila perintah itu ditandatangani.

Penduduk boleh menolak untuk berpindah tetapi perlu mengemukakan kenyataan bertulis kepada pihak berkuasa, tambahnya, dan pegawai tempatan sedang mempertimbangkan untuk memaksa pemindahan kanak-kanak ‘jika serangan tembakan meningkat’.

Gabenor, Vitaliy Koval, berkata sebuah depoh minyak di wilayah Rivne barat Ukraine musnah dalam ‘serangan dron besar-besaran’, semalam.

Ketegangan juga meningkat di Laut Hitam sejak Russia keluar daripada Perjanjian Bijirin iaitu persefahaman yang membenarkan laluan selamat untuk eksport bijirin menerusi perairan itu.

Ukraine berkata, ia membuka laluan maritim untuk kapal awam dari beberapa pelabuhan selatan.

Jurucakap Tentera Laut Ukraine, Oleg Chalyk, berkata kapal pertama akan mengambil laluan yang baru dibuka ‘dalam masa terdekat’.

Di Washington, pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, meminta Kongres meluluskan perbelanjaan ketenteraan baharu untuk Ukraine berjumlah lebih AS$13 bilion (RM59.5 bilion).

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *