Connect with us

Terkini

Skirt tidak cukup labuh, wanita pakai kusyen sofa masuk balai polis

Seorang wanita bertindak memakai kusyen sofa untuk menutup bahagian kakinya sebelum memasuki sebuah balai polis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Skirt tidak cukup labuh, wanita pakai kusyen sofa masuk balai polis
Foto: Jeanne berkongsi gambarnya yang menutup bahagian betisnya menggunakan kusyen sofa.
  • Seorang wanita bertindak memakai kusyen sofa untuk menutup bahagian kakinya sebelum memasuki sebuah balai polis.
  • Seorang pengguna Facebook @Jeanne JY berkongsi pengalamannya yang dilarang masuk ke sebuah balai polis kerana skirt dipakainya tidak cukup labuh.
  • “Skirt tak cukup labuh, tak sampai separuh betis…tak boleh masuk…maaf, ini SOP,” kata pegawai polis yang dipetik wanita itu dalam hantaran Facebooknya pada 14 Ogos lalu.
  • Selepas berbuat demikian, Jeanne dibenarkan masuk dan berurusan di balai polis itu.

Seorang wanita bertindak memakai kusyen sofa untuk menutup bahagian kakinya sebelum memasuki sebuah balai polis.

Seorang pengguna Facebook @Jeanne JY berkongsi pengalamannya yang dilarang masuk ke sebuah balai polis kerana skirt dipakainya tidak cukup labuh.

“Skirt tak cukup labuh, tak sampai separuh betis…tak boleh masuk…maaf, ini SOP,” kata pegawai polis yang dipetik wanita itu dalam hantaran Facebooknya pada 14 Ogos lalu.

Jeanne berkongsi gambarnya yang menutup bahagian betisnya menggunakan kusyen sofa.

Wanita itu berkata dia telah mengikat kusyen sofa itu menggunakan pengikat rambut dan jaket.

Jeanne berkata pegawai polis melambai-lambai tangan membenarkan dia masuk sambil ketawa.

“Tidak tahu sama ada bertuah untuk menyertai Anugerah Kostum Paling Kreatif tahun ini?” katanya. 

Posting FB Jeanne menerima 40 ikon ‘suka’ dan ‘ketawa’ dalam kalangan rakan dan pengikutnya di laman sosial itu. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Jeanne JY

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *