Connect with us

Terkini

Seramai 998 guru sekolah agama di Johor akan dinaikkan pangkat

Seramai 998 guru sekolah agama di negeri ini akan menikmati kenaikan pangkat secara berfasa berasaskan penilaian kecemerlangan yang ditetapkan kerajaan negeri, bermula tahun ini.

Wartawan TMT

Published

on

Seramai 998 guru sekolah agama di Johor akan dinaikkan pangkat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seramai 998 guru sekolah agama di Johor akan menikmati kenaikan pangkat secara berfasa berasaskan penilaian kecemerlangan ditetapkan kerajaan negeri, bermula tahun ini.
  • Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, inisiatif menaikkan pangkat guru-guru sekolah agama akan dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan kebajikan mereka terjaga.
  • “Penambahbaikan dalam sistem kenaikan pangkat ini akan memberi suntikan semangat kepada guru-guru ini dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada lebih 186,137 murid di seluruh negeri Johor,” katanya. 

KULAI: Seramai 998 guru sekolah agama di negeri ini akan menikmati kenaikan pangkat secara berfasa berasaskan penilaian kecemerlangan yang ditetapkan kerajaan negeri, bermula tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, inisiatif menaikkan pangkat guru-guru sekolah agama tersebut akan dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan kebajikan mereka terjaga.

“Langkah itu juga bagi mengelakkan perpindahan guru sekolah agama kerajaan negeri ke Kementerian Pendidikan.

“Penambahbaikan dalam sistem kenaikan pangkat ini akan memberi suntikan semangat kepada guru-guru ini dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada lebih 186,137 murid di seluruh negeri Johor.

“Selain itu sebanyak 631 jawatan baharu telah dibuka kepada guru agama pada tahun ini yang melibatkan perjawatan tetap seramai 300 orang,” katanya di sini.

Mohd. Fared berkata, langkah itu dibuat menerusi proses pemilihan yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ) yang bermula bulan lalu. 

“Usaha ini telah memberi kelegaan kepada kebanyakan guru sekolah agama yang telah lama berkhidmat, namun masih berstatus kontrak,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Fared turut memaklumkan bahawa pelaksanaan kempen Sekolahku Sejahtera yang dilancarkan pada Mei lalu telah menelan belanja sebanyak RM345,000.

“Kempen itu memberi fokus terhadap pembersihan fasiliti tandas di seluruh sekolah agama dalam negeri ini. Keperluan membaik pulih tandas itu perlu diselesaikan tahun ini bagi memberi keselesaan kepada anak-anak Johor,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

5,081 peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa pada Jun – Laporan

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.
  • IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.
  • Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan tentera (berek tentera).

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.

Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan (berek) tentera .

Aktivis Palestin mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu dan menyifatkannya percubaan disengajakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dan menuntut kepentingan Yahudi pada elemen rohani dan sejarah tapak itu.

Mereka mengeluarkan gesaan supaya ditingkatkan kehadiran orang Islam di pekarangannya bagi menentang tindakan sedemikian dan melindungi tapak suci itu daripada pencerobohan selanjutnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending