Connect with us

Antarabangsa

Russia perkenal perbankan Islam

Parlimen Russia meluluskan rang undang-undang operasi perbankan Islam di negara itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Russia perkenal perbankan Islam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parlimen Russia meluluskan rang undang-undang operasi perbankan Islam di negara itu.
  • Fasa percubaan perbankan Islam bermula 1 September depan akan berlangsung selama dua tahun.
  • Fasa permulaan itu akan melibatkan empat wilayah penempatan Muslim di Russia iaitu Bashkortostan, Chechnya, Daghestan dan Tatarstan.
  • Perbankan Islam membenarkan transaksi seperti perkongsian untung, pajakan dan pelbagai perkhidmatan kewangan lain yang didirikan atas dasar kukuh mengenepikan konsep riba’ (faedah), sesuai dengan undang-undang syariah Islam. 

Parlimen Russia meluluskan rang undang-undang operasi perbankan Islam di negara itu.

Fasa percubaan perbankan Islam bermula 1 September depan akan berlangsung selama dua tahun.

Langkah penting itu dikatakan berpotensi mengembangkan penggunaan perbankan Islam secara lebih meluas di negara itu.

Fasa permulaan itu akan melibatkan empat wilayah penempatan Muslim di Russia iaitu Bashkortostan, Chechnya, Daghestan dan Tatarstan.

Perbankan Islam membenarkan transaksi seperti perkongsian untung, pajakan dan pelbagai perkhidmatan kewangan lain yang didirikan atas dasar kukuh mengenepikan konsep riba’ (faedah), sesuai dengan undang-undang syariah Islam. 

Langkah itu juga dilihat sebagai cara menarik minat pelabur asing, merangsang pertumbuhan ekonomi dan memenuhi keperluan masyarakat Islam di Russia yang semakin meningkat.

Sumber: Minute Mirror, Samaa English

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *