Connect with us

Terkini

PRN: Media sosial bukan penentu corak pilihan anak muda

Platform media sosial yang dijadikan sebagai sumber utama untuk golongan muda mendapatkan maklumat dilihat tidak menentukan kecenderungan golongan itu dalam memilih sesebuah parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PRN: Media sosial bukan penentu corak pilihan anak muda
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Platform media sosial yang dijadikan sumber utama golongan muda mendapatkan maklumat dilihat tidak menentukan kecenderungan golongan itu dalam memilih sesebuah parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
  • Ketua Puteri UMNO Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata golongan muda diyakini sudah cukup bijak menilai sesuatu maklumat dan menentukan pilihan mereka pada hari pengundian Sabtu ini.
  • “Saya percaya orang muda di luar sana tidak menjadikan media sosial satu penanda aras untuk mereka memilih pada PRN kali ini,” katanya ketika ditemui pemberita semasa berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baharu Nuraini Yusoff di Sungai Batu, Mahang, di sini hari ini.

BANDAR BAHARU — Platform media sosial yang dijadikan sebagai sumber utama untuk golongan muda mendapatkan maklumat dilihat tidak menentukan kecenderungan golongan itu dalam memilih sesebuah parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Ketua Puteri UMNO Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata golongan muda diyakini sudah cukup bijak dalam menilai sesuatu maklumat dan menentukan pilihan mereka pada hari pengundian Sabtu ini.

“Saya percaya orang muda di luar sana tidak menjadikan media sosial satu penanda aras untuk mereka memilih pada PRN kali ini,” katanya ketika ditemui pemberita semasa berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baharu Nuraini Yusoff di Sungai Batu, Mahang, di sini hari ini.

Beliau juga percaya anak muda tidak mudah terpengaruh dengan sentimen kebencian dan provokasi yang dimainkan pihak tertentu dalam tempoh kempen ini.

Menyentuh mengenai kempen Nuraini yang menjadi satu-satunya wakil Puteri UMNO yang bertanding pada PRN di enam negeri, Nurul Amal berkata terdapat gelombang sokongan positif daripada pengundi di kawasan itu terhadap calon BN.

Nuraini yang juga Ketua Puteri UMNO Kedah akan berdepan pertembungan satu lawan satu dengan bekas Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia Dr Muhammad Suffian Yusof yang mewakili Perikatan Nasional (PN). — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author