Connect with us

Terkini

PN kuasai negeri mundur, pengundi pilih pemimpin ‘bodoh’ – Iswardy Morni

Pengundi di Kelantan diingatkan untuk tidak menyalahkan Kerajaan Persekutuan sekiranya negeri itu kekal mundur selepas majoriti daripada mereka memilih PAS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

PN kuasai negeri mundur, pengundi pilih pemimpin ‘bodoh’ – Iswardy Morni
Foto: Setiausaha Kerja Penerangan PKR, Iswardy Morni.
  • Pengundi di Kelantan diingatkan untuk tidak menyalahkan Kerajaan Persekutuan sekiranya negeri itu kekal mundur selepas majoriti daripada mereka memilih PAS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu lalu, kata Setiausaha Kerja Penerangan PKR, Iswardy Morni.
  • Iswardy Morni berkata partinya telah menawarkan diri untuk memajukan negeri yang dilihat mundur itu, namun pengundi di Kelantan tidak memilih mereka.
  • Sebaliknya, beliau berkata pengundi di ketiga-tiga negeri dikuasai Perikatan Nasional (PN) ketika ini lebih suka melihat kemunduran di Kelantan, Terengganu dan Kedah serta selesa memberikan individu ‘bodoh’ untuk memerintah.
  • So lepas ini tuan-tuan, puan-puan air tak ada, air keruh tak boleh mandi tak boleh berak kena duduk hotel dan sebagainya kalau anda undi PAS tak payah menyumpahlah, tak payah marahlah senyum je,” katanya menerusi klip video di Facebook pada Sabtu lalu. 

KUALA LUMPUR — Pengundi di Kelantan diingatkan untuk tidak menyalahkan Kerajaan Persekutuan sekiranya negeri itu kekal mundur selepas majoriti daripada mereka memilih PAS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu lalu.

Perkara itu disuarakan Setiausaha Kerja Penerangan PKR, Iswardy Morni yang menegaskan partinya telah menawarkan diri untuk memajukan negeri yang dilihat mundur itu, namun pengundi di Kelantan tidak memilih mereka.

Sebaliknya, beliau berkata pengundi di ketiga-tiga negeri dikuasai Perikatan Nasional (PN) ketika ini lebih suka melihat kemunduran di Kelantan, Terengganu dan Kedah serta selesa memberikan individu ‘bodoh’ untuk memerintah.

So lepas ini tuan-tuan, puan-puan air tak ada, air keruh tak boleh mandi tak boleh berak kena duduk hotel dan sebagainya kalau anda undi PAS tak payah menyumpahlah, tak payah marahlah senyum je. 

“Dan tak payah lagi salahkan federal yang salah itu adalah kamu. Tangan-tangan kamu yang mengundi dia (PAS). So tiada isulah… kalau tiada then proceed. Lantak koranglah. 

“Tapi macam orang kata, ‘laa Is(Iswardy) korang kalah 3-0’, bukan kita kalah 3-0 kita menang ketiga-tiga negeri yang paling maju dalam Malaysia iaitu Selangor number 1, Pulau Pinang top 4 Negeri Sembilan catching up tapi kamu menang tiga negeri paling mundur,” katanya menerusi klip video di Facebook pada Sabtu lalu.

Beliau berkata demikian ketika penstriman langsung di Facebook bagi menganalisa keputusan tidak rasmi PRN 2023. 

PRN lalu menyaksikan PN menguasai 43 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, manakala gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) hanya memenangi dua kerusi.

Di Terengganu, PN menyapu bersih kesemua kerusi DUN di negeri tersebut dan begitu juga di Kedah di mana lebih dua pertiga daripada keseluruhan 36 kerusi DUN di negeri itu dikuasai PN.

Sementara itu, PH-BN mengekalkan penguasaan di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Iswardy Morni Utama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *