Terkini
Pertahankan maruah perundangan syariah negeri – Dewan Ulama PAS
Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) menggesa semua pihak bertanggungjawab mempertahankan perundangan syariah negeri daripada sebarang bentuk usaha menghapuskan atau meletakkan kedudukan institusi kehakiman itu pada kelas kedua.

- Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) menggesa semua pihak bertanggungjawab mempertahankan perundangan syariah negeri daripada sebarang bentuk usaha menghapuskan atau meletakkan kedudukan institusi kehakiman itu pada kelas kedua.
- Kebimbangan itu timbul ekoran kes Nik Elin Zurina vs Kerajaan Negeri Kelantan yang dibicarakan di Mahkamah Persekutuan semalam yang telah mengemukakan cabaran Perlembagaan berhubung 20 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 Kelantan yang mengambil fakta kes keputusan Iki Putra pada 2021.
- Dalam kes Iki Putra, Mahkamah Persekutuan pada 25 Februari 2021 memutuskan bidang kuasa jenayah adalah bidang kuasa Persekutuan, bukan Negeri.
- DUPP, dalam kenyataan media ‘Gesa Mempertahankan Maruah Perundangan Syariah Negeri’ di Facebook (FB) semalam berkata, pendengaran kes Nik Elin Zurina di Mahkamah Persekutuan seharusnya membangkitkan kebimbangan umat Islam mengenai masa depan perundangan jenayah syariah di negeri-negeri.
KUALA LUMPUR – Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) menggesa semua pihak bertanggungjawab mempertahankan perundangan syariah negeri daripada sebarang bentuk usaha menghapuskan atau meletakkan kedudukan institusi kehakiman itu pada kelas kedua.
Kebimbangan itu timbul ekoran kes Nik Elin Zurina vs Kerajaan Negeri Kelantan yang dibicarakan di Mahkamah Persekutuan semalam yang telah mengemukakan cabaran Perlembagaan berhubung 20 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 Kelantan yang mengambil fakta kes keputusan Iki Putra pada 2021.
Dalam kes Iki Putra, Mahkamah Persekutuan pada 25 Februari 2021 memutuskan bidang kuasa jenayah adalah bidang kuasa Persekutuan, bukan Negeri.
DUPP, dalam kenyataan media ‘Gesa Mempertahankan Maruah Perundangan Syariah Negeri’ di Facebook (FB) semalam berkata, pendengaran kes Nik Elin Zurina di Mahkamah Persekutuan seharusnya membangkitkan kebimbangan umat Islam mengenai masa depan perundangan jenayah syariah di negeri-negeri.
“Implikasi pembatalan kesalahan jenayah syariah ini begitu besar dan dahsyat sehingga boleh meruntuhkan keseluruhan undang-undang jenayah syariah negeri-negeri, bahkan boleh menyebabkan enakmen kesalahan jenayah syariah negeri kehilangan taringnya dalam menjaga dan melindungi umat Islam dalam negara ini,” kata dewan ulama itu dalam satu kenyataan.
Justeru, DUPP menggesa seluruh umat Islam bersatu mempertahankan kedaulatan undang-undang syariah negeri sebagaimana yang terkandung dalam Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan pada Khamis menyaksikan prosiding kes itu di mana Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menyatakan petisyen yang diajukan peguam itu dan anaknya tiada kena mengena dengan doktrin Islam, hanya berkaitan pentafsiran perkataan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah kemudian menangguhkan prosiding untuk sambungan hujahan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. – The Merdeka Times
Sumber: Dewan Ulamak PAS Pusat
