Connect with us

Antarabangsa

Pasangan kekasih seks luar tabii dengan haiwan bakal dipenjara

Sepasang kekasih berdepan lima pertuduhan mahkamah selepas melakukan hubungan seks luar tabii di negeri Queensland.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pasangan kekasih seks luar tabii dengan haiwan bakal dipenjara
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sepasang kekasih berdepan lima pertuduhan mahkamah selepas melakukan hubungan seks luar tabii di negeri Queensland.
  • Laman berita Wion News melaporkan, Crustal May Hoae, 37, dan Jay Wade, 28, ditahan Julai lalu namun dibebaskan dengan ikat jamin selepas dihadapkan ke mahkamah.
  • Pada Isnin lalu, pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Mahkamah Majistret Sarina buat kali pertama.
  • Pasangan itu dirakam melakukan hubungan seksual terhadap haiwan peliharaan mereka pada 18 Oktober 2021, 19 Mac 2022, 17 Mei 2022, 6 Jun 2022 dan 25 Oktober 2022.

CANBERRA, Australia – Sepasang kekasih berdepan lima pertuduhan mahkamah selepas melakukan hubungan seks luar tabii di negeri Queensland.

Laman berita Wion News melaporkan, Crustal May Hoae, 37, dan Jay Wade, 28, ditahan Julai lalu namun dibebaskan dengan ikat jamin selepas dihadapkan ke mahkamah.

Sebelum prosiding undang-undang selanjutnya diambil, kes mereka perlu dibawa ke mahkamah lebih tinggi.

Pada Isnin lalu, pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Mahkamah Majistret Sarina buat kali pertama.

Media tempatan memetik kenyataan polis sebagai berkata, kejadian yang dirakam oleh kamera itu berlaku antara Oktober 2021 hingga Oktober 2022.

Pasangan itu dirakam melakukan hubungan seksual terhadap haiwan peliharaan mereka pada 18 Oktober 2021, 19 Mac 2022, 17 Mei 2022, 6 Jun 2022 dan 25 Oktober 2022.

Jika didapati bersalah, pasangan itu berdepan hukuman penjara tujuh tahun. 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *