Terkini
Minum arak tingkatkan risiko serangan jantung – Kajian
Sebuah kajian mendapati meminum segelas kecil wain (arak) setiap malam sudah memadai untuk meningkatkan risiko seseorang individu itu mengalami serangan jantung.

- Sebuah kajian mendapati meminum segelas kecil wain (arak) setiap malam sudah memadai untuk meningkatkan risiko seseorang individu itu mengalami serangan jantung.
- Pakar mendapati penggunaan minuman beralkohol yang sedikit itu meningkatkan potensi tekanan darah tinggi (hypertension) yang juga antara punca utama serangan jantung dan strok.
- Daripada hasil analisa itu, penyelidik-penyelidik di Itali mencadangkan supaya penggunaan minuman beralkohol sepatutnya dielakkan sama sekali.
- Pakar di Universiti Modena dan Reggio Emilia membandingkan bacaan tekanan darah dari lebih 20,000 peserta, yang diteliti selama sekurang-kurangnya empat tahun dalam penyelidikan itu.
- Kajian diterbitkan dalam Jurnal Hypertension itu, merupakan keputusan diambil dari tujuh kajian berkenaan penggunaan arak dan tekanan darah tinggi yang dijalankan di Amerika Syarikat (AS), Korea dan Jepun di antara tahun 1997 dan 2021.
Sebuah kajian mendapati meminum segelas kecil wain (arak) setiap malam sudah memadai untuk meningkatkan risiko seseorang individu itu mengalami serangan jantung.
Pakar mendapati penggunaan minuman beralkohol yang sedikit itu meningkatkan potensi tekanan darah tinggi (hypertension) yang juga antara punca utama serangan jantung dan strok.
Daripada hasil analisa itu, penyelidik-penyelidik di Itali mencadangkan supaya penggunaan minuman beralkohol sepatutnya dielakkan sama sekali.
Pakar di Universiti Modena dan Reggio Emilia membandingkan bacaan tekanan darah dari lebih 20,000 peserta, yang diteliti selama sekurang-kurangnya empat tahun dalam penyelidikan itu.
Pengarang kanan kajian itu, Dr Marco Vinceti berkata; “kami tidak menjumpai kesan berfaedah pada dewasa yang meminum alkohol tahap rendah berbanding mereka yang langsung tidak minum alkohol”.
Penggunaan alkohol secara berlebihan memang diketahui ramai berpotensi meningkatkan tekanan darah seseorang individu.
Dr Vinceti dan kumpulan penyelidiknya mengaku ‘agak terkejut’ dengan penemuan berkaitan penggunaan alkohol yang rendah turut menunjukkan peningkatan tekanan darah seseorang.
“Alkohol bukanlah satu-satunya penyebab utama peningkatan darah tinggi (seseorang), tetapi penemuan kami mengesahkan sumbangannya dengan caranya yang tersendiri.
“Mengehadkan pengambilan (alkohol) sangat disarankan, (tetapi) mengelak terus darinya pula jauh lebih baik,” katanya dipetik Daily Mail.
Kajian diterbitkan dalam Jurnal Hypertension itu, merupakan keputusan diambil dari tujuh kajian berkenaan penggunaan arak dan tekanan darah tinggi yang dijalankan di Amerika Syarikat (AS), Korea dan Jepun di antara tahun 1997 dan 2021.
Sumber: Daily Mail, Hypertension
