Connect with us

Antarabangsa

Lebih 8,000 kanak-kanak UK tidak terkecuali berdepan risiko ketagihan pil tidur

Penduduk United Kingdom (UK) kini didakwa berdepan krisis ketagihan pil tidur dengan preskripsi ubat berkenaan mencapai tahap tertinggi mencecah 7 juta pound (RM40.6 juta) sebulan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lebih 8,000 kanak-kanak UK tidak terkecuali berdepan risiko ketagihan pil tidur
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penduduk United Kingdom (UK) kini didakwa berdepan krisis ketagihan pil tidur dengan preskripsi ubat berkenaan mencapai tahap tertinggi mencecah 7 juta pound (RM40.6 juta) sebulan.
  • Lebih 8,000 kanak-kanak termasuk yang berumur seawal empat tahun di England dilaporkan menerima preskripsi pil itu, yang turut dianggap skandal berbahaya di banyak klinik di negara itu.
  • Pakar Kesihatan Universiti College London, Prof. Joanna Moncrieff berkata, ramai pesakit mengalami insomnia menuntut diberikan pil tidur tetapi ubat berkenaan boleh mencetus masalah ketagihan serius dan menyukarkan mereka untuk berhenti mengambilnya.
  • Jelasnya, satu daripada 100 pesakit berisiko mengalami tingkah laku pelik seperti berjalan ketika tidur atau melakukan hubungan seks tanpa sedar sepenuhnya semasa mengambil ubat berkenaan.

LONDON – Penduduk United Kingdom (UK) kini didakwa berdepan krisis ketagihan pil tidur dengan preskripsi ubat berkenaan mencapai tahap tertinggi mencecah 7 juta pound (RM40.6 juta) sebulan.

Walaupun pakar memberi amaran tentang bahayanya, data Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) menunjukkan bilangan preskripsi untuk ubat hipnotik terus meningkat sejak lima tahun lalu.

Malah lebih 8,000 kanak-kanak termasuk yang berumur seawal empat tahun di England dilaporkan turut menerima preskripsi pil itu, yang turut dianggap skandal berbahaya di banyak klinik di negara itu.

Daerah di Kent, Medway, Devon, North West London dan beberapa wilayah termasuk Hampshire, Southampton dan Isle of Wight mencatat preskripsi paling banyak dengan kira-kira 20,000 dos, tiga kali ganda jumlah yang dilihat di lokasi lain.

Pakar Kesihatan Universiti College London, Prof. Joanna Moncrieff berkata, ramai pesakit yang mengalami insomnia menuntut diberikan pil tidur tetapi ubat berkenaan boleh mencetus masalah ketagihan yang serius dan menyukarkan mereka untuk berhenti mengambilnya.

Malah jelasnya, satu daripada 100 pesakit berisiko mengalami tingkah laku pelik seperti berjalan ketika tidur atau melakukan hubungan seks tanpa sedar sepenuhnya semasa mengambil ubat berkenaan.

“Insomnia sendiri boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kemurungan, sakit fizikal akibat pembedahan atau penggunaan dadah rekreasi. Pil tidur tidak menangani punca insomnia sebaliknya hanya menutupi kesannya.

“Akibatnya, penghidap insomnia akhirnya boleh menjadi terlalu bergantung kepada pil tidur tanpa meneroka sebab mereka sukar untuk tidur,” jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *