Antarabangsa
Lebih 200,000 individu kena ‘scam’, Thailand ancam tutup Facebook
Menteri Digital Thailand merancang untuk meminta mahkamah menutup Facebook di negara ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu kecuali platform Meta terbabit mengambil tindakan ke atas scam (penipuan) yang telah menjejaskan lebih 200,000 individu.
- Menteri Digital Thailand merancang untuk meminta mahkamah menutup Facebook di negara ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu kecuali platform Meta terbabit mengambil tindakan ke atas scam (penipuan) yang telah menjejaskan lebih 200,000 individu.
- “Kami meminta mahkamah menutup Facebook, menyekatnya dari memberikan perkhidmatan di Thailand jika mereka terus membiarkan akaun palsu ini menipu orang,” kata Chaiwut Thanakamanusorn kepada Reuters pada Isnin.
- Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat dalam kenyataannya pula berkata, ia telah membuat permintaan berulang kali supaya pengiklanan yang dikenalpasti sebagai penipuan untuk diturunkan, tetapi ia terus berlaku.
- Penipuan di platform Facebook, termasuklah membabitkan pelaburan dalam syarikat palsu, memalsukan agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa serta pelaburan mata wang digital, kata kementerian terbabit.
BANGKOK – Menteri Digital Thailand merancang untuk meminta mahkamah menutup Facebook di negara ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu kecuali platform Meta terbabit mengambil tindakan ke atas scam (penipuan) yang telah menjejaskan lebih 200,000 individu.
“Kami meminta mahkamah menutup Facebook, menyekatnya dari memberikan perkhidmatan di Thailand jika mereka terus membiarkan akaun palsu ini menipu orang,” kata Chaiwut Thanakamanusorn kepada Reuters pada Isnin.
Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat dalam kenyataannya berkata, ia telah membuat permintaan berulang kali supaya pengiklanan yang dikenalpasti sebagai penipuan untuk diturunkan, tetapi ia terus berlaku.
Susulan itu, pihak kementerian akan meminta campur tangan mahkamah.
Meta bagaimanapun tidak membalas email untuk maklum balas berhubung perkara itu.
Jurucakap kementerian, Wetang Phuangsup berkata mereka sedang mengumpul bukti salah laku Facebook yang akan dikemukakan kepada mahkamah.
“Jika terdapat banyak salah laku, mahkamah boleh menutup terus akaun itu atau mahkamah boleh menutup seluruh platform itu,” katanya.
Kementerian itu berkata penipuan di platform Facebook, termasuklah membabitkan pelaburan dalam syarikat palsu, memalsukan agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa serta pelaburan mata wang digital.
Sumber: Reuters