Connect with us

Terkini

Kes cabaran Enakmen Jenayah Syariah Kelantan: SIS jadi ‘amicus curiae’, PPMM sekadar pemerhati

Sisters in Islam (SIS) berjaya mendapat status amicus curiae atau sahabat mahkamah bagi kes cabaran ke atas Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan yang akan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan dalam masa terdekat. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hanani Zulkifli

Published

on

Kes cabaran Enakmen Jenayah Syariah Kelantan: SIS jadi ‘amicus curiae’’, PPMM sekadar jadi pemerhati
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sisters in Islam (SIS) berjaya mendapat status amicus curiae atau sahabat mahkamah bagi kes cabaran ke atas Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan yang akan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan dalam masa terdekat. 
  • Peguam yang juga Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias berkata, dengan status sahabat mahkamah itu, SIS boleh memberi pandangan dan berhujah dalam kes Nik Elin Zurina dan Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman vs Kerajaan Negeri Kelantan jika diizinkan mahkamah.
  • Lukman Sheriff berkata Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Badan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan pula tidak mendapat status sahabat mahkamah, sebaliknya hanya sekadar menjadi peguam pemerhati.
  • “Jangan tanya kenapa SIS dapat amicus dan PPMM tidak. Saya pun tak tahu. Tiada alasan diberi,” kata Lukman Sheriff dalam hantaran di laman Facebook beliau semalam.
  • Media sebelum ini melaporkan peguam kelahiran Kelantan itu dan anaknya mengemukakan cabaran Perlembagaan berhubung 20 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1).
  • Mereka mendakwa peruntukan itu tidak sah kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang meliputi kesalahan sama dan kuasa untuk menggubal undang-undang melibatkan perkara jenayah di bawah bidang kuasa Parlimen, manakala Dewan Undangan Negeri hanya diberi hak menggubal undang-undang berkaitan akidah Islam. 

KUALA LUMPUR – Sisters in Islam (SIS) berjaya mendapat status amicus curiae atau sahabat mahkamah bagi kes cabaran ke atas Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan yang akan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan dalam masa terdekat. 

Peguam yang juga Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias berkata, dengan status sahabat mahkamah itu, SIS boleh memberi pandangan dan berhujah dalam kes Nik Elin Zurina dan Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman vs Kerajaan Negeri Kelantan jika diizinkan mahkamah.

Lukman Sheriff berkata Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Badan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan pula tidak mendapat status sahabat mahkamah, sebaliknya hanya sekadar menjadi peguam pemerhati.

“Maknanya (PPMM dan Badan Peguam Syarie WIlayah Persekutuan) tiada peluang berhujah.

“Status permohonan badan lain (dalam kes itu) belum ditentukan lagi setahu saya. Kita tunggu dan lihat,” kata Lukman Sheriff dalam hantaran di laman Facebook beliau semalam. 

Lukman berkata tiada alasan diberi pihak mahkamah berhubung status pihak terbabit dalam kes itu.

“Jangan tanya kenapa SIS dapat amicus dan PPMM tidak. Saya pun tak tahu. Tiada alasan diberi,” katanya. 

Cubaan The Merdeka Times untuk mendapatkan maklum balas langsung SIS berhubung perkembangan terkini dalam kes terbabit setakat semalam belum membuahkan hasil.

Media sebelum ini melaporkan peguam kelahiran Kelantan itu dan anaknya mengemukakan cabaran Perlembagaan berhubung 20 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1). 

Mereka mendakwa peruntukan itu tidak sah kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang meliputi kesalahan sama dan kuasa untuk menggubal undang-undang melibatkan perkara jenayah di bawah bidang kuasa Parlimen, manakala Dewan Undangan Negeri hanya diberi hak menggubal undang-undang berkaitan akidah Islam.

The Merdeka Times pada 2 Ogos lalu memetik kenyataan Lukman Sheriff di Facebook bahawa Mahkamah Persekutuan akan mendengar cabaran terhadap undang-undang jenayah syariah Kelantan yang dikhuatiri bakal meruntuhkan undang-undang jenayah syariah negeri lain dalam masa sebulan dua ini. – The Merdeka Times

Sumber: Lukman Sheriff | Facebook

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *