Connect with us

Terkini

Isu pencen wakil rakyat: Rujuk konvensyen antarabangsa, amalan negara lain

Seseorang yang mempunyai banyak skim pencen akan diberikan pencen tertinggi dan bukan nilai keseluruhannya, kata bekas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia, Dato’ Mohd Rashid Hasnon.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Isu pencen wakil rakyat: Rujuk konvensyen antarabangsa, amalan negara lain
Foto: Bekas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia, Dato' Mohd Rashid Hasnon.
  • Seseorang yang mempunyai banyak skim pencen akan diberikan pencen tertinggi dan bukan nilai keseluruhannya, kata bekas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia, Dato’ Mohd Rashid Hasnon.
  • Itu maklum balas Mohd Rashid berhubung cadangan Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini supaya sistem pencen semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dihapuskan.
  • “Kajian semula (review) itu boleh dibuat, untuk melihat kepada keseluruhan sistem ini,” katanya kepada The Merdeka Times selepas Majlis Pelancaran Tawaran Perikatan Nasional (PN) Negeri Selangor di sebuah hotel di Shah Alam pada Jumaat lalu.
  • Mohd Rashid turut menyarankan pihak terbabit untuk melihat kepada konvensyen antarabangsa dan amalan negara lain jika semakan atau kajian semula pencen wakil rakyat dilakukan.

SHAH ALAM – Seseorang yang mempunyai banyak skim pencen akan diberikan pencen tertinggi dan bukan nilai keseluruhannya, kata bekas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia, Dato’ Mohd Rashid Hasnon.

Itu maklum balas Mohd Rashid berhubung cadangan Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini supaya sistem pencen semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dihapuskan.

“Kajian semula (review) itu boleh dibuat, untuk melihat kepada keseluruhan sistem ini,” katanya kepada The Merdeka Times selepas Majlis Pelancaran Tawaran Perikatan Nasional (PN) Negeri Selangor di sebuah hotel di Shah Alam pada Jumaat lalu.

Mohd Rashid yang tidak menafikan kos terlibat untuk sistem pencen wakil rakyat agak tinggi berkata, penelitian terhadap sejarah dan bagaimana sistem itu didirikan juga sesuatu yang perlu dikaji.

“Sistem yang ada sekarang sebenarnya telah disemak KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam) sendiri, maknanya, kalau ada seseorang yang mempunyai banyak skim pencen, dia hanya ambil yang tertinggi dan dia tak ambil keseluruhannya,” kata bekas timbalan speaker itu.

Mohd Rashid turut menyarankan pihak terbabit untuk melihat kepada konvensyen antarabangsa dan amalan negara lain jika semakan atau kajian semula pencen wakil rakyat dilakukan.

“Tetapi harus diingat, khidmat sebagai wakil-wakil rakyat ini bukan sesuatu yang mudah,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *