Connect with us

Antarabangsa

Iran hantar wanita tidak berhijab ke pusat rawatan psikiatri

Pihak berkuasa Iran bertindak menghantar wanita tidak menutup rambut (berhijab) untuk menerima rawatan psikiatri.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Iran hantar wanita tidak berhijab ke pusat rawatan psikiatri
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pihak berkuasa Iran bertindak menghantar wanita tidak menutup rambut (berhijab) untuk menerima rawatan psikiatri. 
  • Antara individu terbabit adalah pelakon, Afsaneh Bayegan, 61, yang dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan diarahkan untuk mendapatkan rawatan di pusat psikiatri sekali seminggu untuk “merawat gangguan personaliti anti-keluarga”. 
  • Mahkamah Tehran pada Julai lalu turut menjatuhkan hukuman dua bulan penjara dan enam bulan rawatan psikiatri kepada seorang wanita lain atas kesalahan “gangguan mental yang membawa kepada pergaulan seksual” kerana wanita itu tidak memakai tudung. 

Pihak berkuasa Iran bertindak menghantar wanita tidak menutup rambut (berhijab) untuk menerima rawatan psikiatri. 

Organisasi kesihatan memberi amaran kepada badan kehakiman Iran berhubung tindakan itu, manakala ada juga yang menyifatkannya sebagai kegagalan kerajaan untuk menguatkuasakan undang-undang hijab. 

Pada masa yang sama, tindakan pelakon Iran, Afsaneh Bayegan yang berulang kali menyiarkan gambarnya tanpa hijab di platform media sosial Instagram, mengundang kemarahan pihak berkuasa Iran. 

Bayegan, 61, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan diarah mendapatkan rawatan di pusat psikiatri sekali seminggu untuk “merawat gangguan personaliti anti-keluarga”, lapor agensi berita Fars pada 19 Julai lalu. 

Mahkamah Tehran pada Julai lalu turut menjatuhkan hukuman dua bulan penjara dan enam bulan rawatan psikiatri kepada seorang wanita lain atas kesalahan “gangguan mental yang membawa kepada pergaulan seksual” kerana wanita itu tidak memakai tudung. 

Professor Sains Politik di Universiti Paris Cite, Azadeh Kian dilaporkan berkata, di sebalik usaha kerajaan Iran untuk mengetatkan undang- undang hijab, sebaliknya berlaku dalam kalangan wanita negara itu.

Pengarah Institusi Pengajian Sains Sosial, Farhad Khosrokhavar pula berkata, situasi itu merupakan contoh perpecahan antara pihak berkuasa Iran dan masyarakat Iran, khususnya golongan belia. 

Sumber: France 24

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *